Hari ini saya membaca blog Dr. Irfan Khairi. Katanya dia tidak membaca suratkhabar kerana banyak yang negatif daripada yang positif. Saya ingat sayalah manusia paling rugi kerana jarang membaca suratkhabar sehingga saya cuba mendisiplinkan diri untuk membacanya setiap hari.
Namun, bila difikirkan lebih jauh betul juga kata-kata Dr. Irfan itu. Banyak perkara negatif dalam akhbar akan menggugat semangat, motivasi dan kegembiraan saya. Sebab itu saya sangat ’selective’ bila membaca akhbar. Saya cari yang memberi saya tenaga yang positif dan harmoni sahaja.
Jadi, tak baca keseluruhan akhbar sebenarnya tak rugi bahkan dapat mengekalkan tumpuan kita kepada yang positif. Walau bagaimanapun, respon kita terhadap perkara yang negatif boleh ditukar kepada positif untuk menghasilkan keputusan yang positif pula.



Menulis untuk ekspresi, Menulis untuk eksplorasi, Menulis untuk bantu diri, Menulis untuk khidmat insani, Menulis untuk berkongsi, Menulis untuk menikmati, Menulis untuk menghargai, Menulis untuk rehat diri, Menulis untuk terapi.
"The act of writing is the act of discovering what you believe."
