
Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia ini mengandungi kisah-kisah usahawan wanita Malaysia yang berjaya mengharungi liku-liku dunia perniagaan masing-masing. Selain memaparkan kisah, buku ini juga mengandungi tip kejayaan bagi hampir setiap tokoh yang ditulis.
Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah :
1. Datuk Maznah Hamid (Securiforce)
2. Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group)
3. Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad – firma kapal)
4. Dato’ Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd)
5. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)
6. Dato’ Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited – memasarkan jam tangan buatan Swiss)
7. Dato’ Farah Khan (Melium Group)
8. Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad)
9. Dato’ Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd)
10. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd)
11. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)
12. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan pemasaran)
13. Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd – pertahanan dan penerbangan).
14. Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design).
15. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras)
16. Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd – rangkaian butik pakaian untuk wanita bertubuh besar)
17. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)
18. Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd)
19. Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd)
20. Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd)
21. Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd)
22. Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. – makanan berasaskan hot dog)
23. Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. – sistem balanced scorecard)
24. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)
25. Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)
Sekadar menyebut 25 daripada 50 orang ikon yang ditulis dalam buku tersebut. Buku ini diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Norlela Zubir, seorang ahli perniagaan, mentor, konsultan dan coach perniagaan.
Nota:
Kalau nak berjumpa dengan semua tokoh tersebut dan mengutip pengalaman mereka tentu tidak berkesempatan. Namun dengan adanya buku ini, bolehlah kita memetik inspirasi dan motivasi untuk menguatkan semangat dalam menuju matlamat yang diimpikan tidak kira apa jua bidang sekalipun.



Menulis untuk ekspresi, Menulis untuk eksplorasi, Menulis untuk bantu diri, Menulis untuk khidmat insani, Menulis untuk berkongsi, Menulis untuk menikmati, Menulis untuk menghargai, Menulis untuk rehat diri, Menulis untuk terapi.
"The act of writing is the act of discovering what you believe."

January 26, 2009 at 7:38 am
Assalamualaikum.
Puan Ayu,
Terima kasih menulis entri ini. Semoga kisah-kisah di dalam buku ini menjadi pendorong semangat bagi mereka yang ingin menceburi bisnes.
February 12, 2009 at 5:34 am
Pn. Ayu
Salam perkenalan. Anda dan blog ini antara yang menggamit hati penulisan saya untuk terus bersama memperjuangkan bidang penulisan.
PS: Jumpa saya di Facebook
Moving & Inspiring,
Bb Wilmi
Cyberjaya
March 19, 2009 at 4:54 pm
Tak perasan pulak buku ni. Esok kena cari kat MPH lah.. macam best jer..
August 19, 2009 at 6:13 am
puan saya begitu kagun dengan kejaayaan wanita malaysia khussnya wanita melayu..saya amat berbangga!!!
August 19, 2009 at 6:14 am
saya nak bertanya bagai mana puan mengukur kejaan mereka?? adakah dari kereta mewah atau rumah yang besar???
August 19, 2009 at 6:15 am
saya dah try cari buku ni di kdai buku tapi tiada ???
August 19, 2009 at 6:16 am
saya peminat setia datuk maznah dan puan rozita yang x bongkak dengan kejaayaan mereka!!!
August 19, 2009 at 2:59 pm
Kri,
Syabas kerana berbangga dengan kejayaan wanita Melayu. Saya juga begitu. Kejayaan itu subjektif sifatnya. Pada saya jika suri rumah berjaya mendidik anak-anak menjadi cemerlang dan anak-anak berguna, suri rumah itu sudah dikategorikan sebagai wanita berjaya. Apatahlagi jika memiliki pelbagai pencapaian namun masih mengabdikan diri kepada Tuhan yang Esa. Material hanyalah sebahagian daripada penzahiran kejayaan namun bukan semestinya menggambarkan kejayaan dan kekayaan yang sebenarnya. Meminati beberapa ikon wanita berjaya mungkin dapat menyuntik sedikit sebanyak motivasi untuk berjaya seperti mereka dalam bidang kita sendiri. Jika di kedai sudah habis stok, mungkin Kri boleh mendapatkannya daripada penerbit sendiri; PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd atau dari http://www.bookcafe.com.my/. Selamat mendapat manfaat daripada pembacaan dan pemerhatian Kri.
August 20, 2009 at 3:55 am
terima kasih dr ayu..saya akan cari buku ni..semalam ada beli mungguan wanita cover depan malisa saila kalau x silap…ade promosi buku 50 wanita usahawan berjaya tu la minat nak beli!!! jarang buku mcam ni ada jual di pasaran malaysia..balik2 citer artis…yang tiada kesudahan dan keuntungan untuk gerenasi muda!!!
August 20, 2009 at 3:57 am
saya ada satu soalan…kan banyak wanita diluar berjaya tp bagai mana kriteria usahwan berjaya untuk dicalonkan?? adakah dari segi pangkat, darjat atau simapana mereka di bank negara hihi..kalau boleh nak kongsi sesama!!!
August 20, 2009 at 3:59 am
saya nak sanagat jumpa ikon saya !!!! kerana meraka saya dah berniaga kecil kecilan!!!!
August 21, 2009 at 9:53 pm
Kri,
Syabas dan tahniah kerana telah berjaya mengorak langkah sebagai usahawan. Saya doakan semoga suatu hari nanti Kri akan menjadi usahawan yang berjaya seperti mereka. Untuk penganugerahan, mungkin ia merujuk kepada penganjur anugerah. Penganjur biasanya akan menetapkan ciri-cirinya. Kadang-kadang ada iklan di suratkhabar jika Kri minat untuk mencuba. Untuk berhubung dengan ikon-ikon tersebut, cuba melalui laman interaktif; Rozita (Sendayu Tinggi) ada di Myspace. Yang lain mungkin ada di Facebook dan lain-lain. Atau cuba hubungi penulis (Norlela Zubir). Dia seorang coach perniagaan yang mengenali ikon-ikon tersebut. Selamat maju jaya.