Ketika dalam perjalanan ke kantin bersama Puan Saldah, tiba-tiba terdengar nama Puan Saldah dipanggil oleh seseorang.
Baik saya atau Puan Saldah, kami segera menoleh ke belakang untuk mengetahui siapa yang memanggilnya itu. Rupanya Bakhtiar, pelajar Puan Saldah. Dia bergegas mendapatkan Puan Saldah.
“Cikgu, ini saya pulangkan pen cikgu,” katanya sambil menunjukkan sebatang pen berwarna kelabu tanpa penutup yang kelihatan murah sahaja.
“Alahai Bakhtiar, sayapun dah tak ingat pen ni. Awak ambil sajalah.” Kata Puan Saldah.
“Tak boleh cikgu. Saya cuma pinjam pen cikgu jadi saya kena pulangkan. Tak bolehlah saya ambil terus.” Jujurnya pengakuan budak lelaki bernama Bakhtiar itu.
“Baiklah saya terima. Terima kasih banyak-banyak.” Jawab Puan Saldah.
Kalau nak dikira apalah sangat dengan harga sebatang pen yang tak sampai seringgitpun. Tetapi Bakhtiar begitu pritahin untuk memulangkan sesuatu yang bukan miliknya. Saya suka dan bangga dengan pelajar tadi yang masih mempunyai satu nilai yang kini sudah jarang dimiliki oleh kebanyakan orang iaitu kejujuran.
Sebenarnya bukanlah nilai wang (sebatang pen) yang berharga sangat tetapi betapa mahalnya nilai kejujuran itu sendiri.



Menulis untuk ekspresi, Menulis untuk eksplorasi, Menulis untuk bantu diri, Menulis untuk khidmat insani, Menulis untuk berkongsi, Menulis untuk menikmati, Menulis untuk menghargai, Menulis untuk rehat diri, Menulis untuk terapi.
"The act of writing is the act of discovering what you believe."
