Dalam perjalanan pulang dari menghantar anak sulong saya ke Super Kid Camp di Lenggeng N9, sempat saya singgah di Seremban 2. Matlamat utamanya untuk mengunjungi 2 kedai buku di Jusco; Popular dan MPH.

Alangkah gembiranya kerana buku-buku Taufiqurrahman yang saya cari ditemui di kedua-dua kedai buku tersebut. Apalagi… terus saya menyambarnya. Walaupun terpaksa menangguhkan pembacaan kerana terikat dengan tugasan lain, tapi puas hati trilogi Taufiqurrahman sudah lengkap saya miliki; “Syahadat Cinta“, “Musafir Cinta” dan “Makrifat Cinta“.
Rasa tak sabar membaca karya-karya TR itu tapi terpaksa selesaikan beberapa tugasan terlebih dahulu sebelum membukanya. Takut berhantu… dah baca tak boleh berhenti! Hehe.



Menulis untuk ekspresi, Menulis untuk eksplorasi, Menulis untuk bantu diri, Menulis untuk khidmat insani, Menulis untuk berkongsi, Menulis untuk menikmati, Menulis untuk menghargai, Menulis untuk rehat diri, Menulis untuk terapi.
"The act of writing is the act of discovering what you believe."

June 24, 2009 at 12:15 am
AsSalam
Saya jua minat membaca…
terasa ingin saya miliki novel TaufiquRahman tersebut
Saya pernah baca buku Ramli Awang Mushid
Trilogi Laksamana Sunan yang lahir di sebuah Kampung di Johor…kembara ke Tanah Acheh… muta’alliman di tanah acheh dengan Wali Sifi… digelar Laksamana Sunan atas dasar menguasai Ilmu Hadis Rasulullah Sallahu alaihi waSalam
memiliki Keris Nangroe yang dipakai untuk membinasakan musuh…
Berkahwin dengan Ratna… yang syahid mempertahankan Laksamana Sunan dari panahan musuh…
Kisah menarik
June 25, 2009 at 2:35 pm
Saifudin,
Satu lagi buku Taufiqurrahman yg best ialah “Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha”. Buku2 beliau banyak mengenai pembangunan jiwa. Memang best.
Buku Trilogi Laksmana Sunan Indonesia ke Malaysia?
September 30, 2009 at 7:13 am
Salam, bagaimana dengan pembacaan 3 buku tersebut. Harap dapat kongsi maklumat berguna..
October 11, 2009 at 6:54 pm
Syahadat Cinta… pegembaraan seorang lelaki mencari hidayah cinta Ilahi. Dalam pencarian itu dia juga bertemu dengan cinta dua orang gadis berlainan masa dan peristiwa, personaliti dan akidah. Kedua-dua cinta itu membawanya kepada jalan berduri dalam pencarian cinta Ilahi. Dia meneruskan perjalanan kerana menggapai cinta Rabb sudah pasti satu yang pasti namun mampukah dia menyatukan kedua-dua cinta gadis itu dengan cintanya? Bacalah kisah selanjutnya dalam…Musafir Cinta.