Hidupkan Hidupmu…

Tika jasad telah bersemadi di perut bumi,

ditemani peria tampan berdiri di sisi,

datanglah munkar dan nakir ingin melaksanakan tugasnya,

“Pergilah engkau wahai peria tampan, kami ingin menyoal siasat lelaki ini.”

“Silalah engkau menjalankan tugasmu. Aku cuma ingin pastikan lelaki ini akan masuk ke syurga. Aku akan menunggunya sehingga kepastian itu datang.”

“Siapakah engkau wahai peria tampan?”

“Akulah bacaan Al-Quran yang pernah didendangkan lelaki ini sewaktu hidupnya.”

“Kekadang aku dialunkan perlahan, kekadang nyaring. Aku akan menemaninya sehingga hari Qiamat, sehingga dia masuk ke syurga.”

Duhai diriku, duhai temanku,

Hidupkan Ramadhan, hidupkan hayatmu,

dengan bacaan Al-Quran,

semoga hidup dan matimu sentiasa berteman

sepetimana kau perlukan teman semasa di dunia ini.

Leave a Reply