Kembali bertemu

Pada 17 Oktober ini akan diadakan reunion bekas-bekas pelajar SMK Maahad Muar di Kelab Golf Tanjung Emas, Muar.

Inilah reunion pertama yang akan saya hadiri setelah 24 tahun saya meninggalkan sekolah tersebut. Bagaimana agaknya rupa dan keadaan kawan-kawan lama setelah kami berpisah? Bolehkah saya mengenali mereka lagi begitu juga sebaliknya. Maklumlah sudah tentu ada sedikit sebanyak perubahan di sana dan sini. Nama sahaja barangkali yang tidak berubah. Daripada maklumat yang dikhabarkan kepada saya, ada yang keberatan hadir kerana rasa malu dan segan atas sebab-sebab yang pelbagai. Walau bagaimanapun saya percaya ramai yang ‘excited’ untuk menyertai.

Kepada yang enggan menyertai kerana berasa malu dan segan, buangkanlah perasaan itu. Kita datang untuk bertemu, bertanya khabar, menyambung kembali silaturrahim kita yang telah lama terputus. Siapapun kalian, kita pernah kenal suatu masa dahulu dan kita menerima sesiapapun antara kita seadanya. Kita menghargai rakan-rakan kerana kita pernah mengenali, pernah belajar bersama, adakalanya pernah ketawa dan menangis bersama. Perubahan kita (status, ekonomi, kerjaya, rupa paras,….) semua tidak penting. Yang penting ialah kita masih bersahabat dan bersaudara. Datanglah… kami ingin bertemu kalian.

Saya menjadi tidak sabar untuk menemui rakan-rakan lama tidak kira siapapun, sejauh manapun perginya.

2 Responses to “Kembali bertemu”

  1. werdah Says:

    Salam D Ayu,

    Ya mmg seronok jika kita bertemu kawan2 lama kan.. semalam ada 2 org kawan lama semasa bersekolah di KEVII di Taiping menziarahi kak.. alhamdulillah dan nostalgia gitu..

  2. ayda Says:

    Tahniah, tentu kak Werdah seronok dikunjungi teman lama. Lagi2 nostalgia menggamit. Semoga bergembira.

Leave a Reply