Ketika membaca bahan bacaan, ketika melalui pengalaman hidup sehari-hari, ketika memerhati tingkah persekitaran, ketika terpegun dengan fenomena alam sekeliling dan ketika menulis mencoretkan sesuatu, sebenarnya banyak falsafah hidup yang saya pelajari dan terjunam dalam pegangan menjadi prinsip hidup.
Bukan sedikit pengalaman yang dilalui, namun terlalu sedikit yang dapat dianalisis dan difahami. Tuhan menjadikan manusia dengan petunjukNya. Hanya manusia yang kekadang terbatas untuk memahami petunjuk-petunjuk Ilahi. Dan dalam setiap peristiwa yang dilalui, pasti ada sesuatu petunjuk. Hakikatnya selagi ada hayat di kandung badan, maka selagi itulah kita bermain dengan teka teki petunjuk apakah yang sedang kita lihat sekarang ini. Kemanakah kita akan melangkah dan bagaimana caranya.
Saya percaya bahawa menulis seperti juga berbincang. Ia membuatkan saya berfikir. Writing is thinking on paper. Berkongsi pandangan seperti ini kekadang mencetuskan inspirasi, ilham dan kekuatan diri. Menulis mencairkan minda yang beku, membugarkan semangat yang lesu, merungkaikan emosi yang buntu, mendambakan nikmat berbicara biarpun bisu, merehatkan minda dengan terapi yang seindah salju.
Saya hanya insan biasa yang mencari sesuatu buat mengisi hidup, buat dihadiahkan kepada mereka yang menginginkan, buat memanjangkan amal dan sedekah, buat mengharmonikan hidup yang sejahtera, aman dan makmur.
Salam persaudaraan dan selamat menjamu juadah minda AspirasiKu.





best ur blog ni…:)good luck..:)
salam D ayu,
saya suka dgn blog ini. boleh link x ?
Jane, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Untuk link ke blog Jane, anytime Jane boleh berbuat demikian. Dipersilakan. Jumpa lagi.
Salam.
Terima kasih atas kunjungan saudari ke blog saya. Untuk pautan, saudari dipersilakan.
Wah, seronoknya ada rumah sendiri, boleh cipta ruang khas untuk buku. Cemburu saya
saya ni nak sgt keluar dari keje makan gaji yang xseberapa ni. sy berminat sangat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. di mana ya sy boleh dapatkan buku wanita berjaya 2.. teringin nak baca dan dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya. sampai bila sy perlu mcm ni.. hrapa dapat membantu
Syarifah,
Terima kasih kerana membaca blog saya. Dipersilakan ke laman utama (home) blog ini untuk membaca jawapan yang saya boleh kongsikan dengan Syarifah.
Salam Ayu,
Nice blog u have here. Your writing depicts who u r and it is sincerely u. Well done!
Apa khabar Kak Ayu. harap sihat bersama-sama rakan-rakan Dato` Sulaiman.
Saya tersinggah di laman web ini kerana sedang mencari bahan untuk Assignment Gelagat Pengguna dan Organisasi. Nak jadikan Pn. Hjh. Faiza, (Sykt. beras) sebagai ahli perniagaan pilihan.
Magnificent! It is so nice to find this page! Frequently it’s difficult to find other people with similar pastimes as me, and therefore, enjoy the same stuff as I do. I also love business law of attraction tips. I hope other people find your site as pleasurable I have.
Generally I do not comment on your current posts, however I wanted to show you I have placed a link to your site on my own blog. I had been thinking wether you could gain something from my own visitors given that me and you have a somewhat comparable webpage. I would appreciate a link back
Check your link available here fastfoodrecord.com. Regards, Solomon Lesch
+ve… like your blog
Dude, you should be a writer. Your article is so interesting. You should do it for a living