6 Perkara Untuk Berjaya

July 19, 2014

images

Untuk mencapai sesuatu kejayaan atau apa yang diinginkan, amalkan 6 perkara ini setiap hari sehingga ia menjadi kebiasaan dan akhirnya ia akan berlaku secara automatik pada diri sendiri:

1. Tetapkan matlamat

Sediakan satu buku catatan dan tulis 10 matlamat penting kita setiap hari. Ambil 3 hingga 5 minit untuk menuliskan matlamat setiap pagi. Dengan mengulangi habit ini secara konsisten, perkara yang ingin dicapai akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan seterusnya akan menarik peluang ke arah melaksanakan impian.

2. Merancang & menyusun atur

Rancang apa yang ingin dilakukan sehari sebelum. Ambil sedikit masa sebelum tidur untuk merancang dan menyusun apa yang akan dilakukan esok hari. Tuliskan dalam buku catatan. Konsep “think on paper” ini adalah amalan orang-orang yang pernah menempa kejayaan besar dalam hidup mereka. 

3. Fokus kepada aktiviti berimpak tinggi

Aktiviti berimpak tinggi bermaksud aktiviti penting dan segera yang mendatangkan hasil. Keupayaan kita untuk memberi tumpuan kepada aktiviti ini sangat memberi kesan kepada kejayaan yang akan kita capai. Semakin tumpuan diberikan, maka semakin cepat hasilnya dapat dilihat.

4. Memelihara kesihatan

Kesihatan adalah kunci segala keupayaan. Tubuh badan yang sihat akan lebih bertenaga dalam menjalankan segala usaha dan aktiviti. Disiplinkan diri dalam senaman tetap seorang muslim iaitu solat. Solat di awal waktu adalah petanda berdisiplin tentang masa. Solat melaraskan tubuh dan dan merehatkan minda. Ditambah pula dengan makan makanan yang halal, berkhasiat dan seimbang, maka akan sihatlah tubuh badan dan lancarlah segala perancangan yang telah disusun atur.

5. Sentiasa belajar

Otak manusia seperti juga otot dalam badan. Otot menjadi kuat dengan senaman. Fikiran manusia menjadi  sihat dan sentiasa mempunyai daya momentum dengan sentiasa aktif berfikir. Sentiasa belajar tentang sesuatu boleh merangsang otak aktif berfikir. Ia tidak semestinya secara rasmi namun boleh dilakukan secara tidak langsung seperti membaca dan sebagainya.

6. Masa bersama orang tersayang

Orang di sekeliling yang hidup bersama kita adalah sokongan yang kuat sewaktu kita susah dan senang. Hargailah kehadiran orang-orang tersayang ini dalam hidup kita. Sediakan secebis masa untuk bersama mereka walau sesibuk manapun kita. Ketenangan keluarga akan menjadikan kita lebih mudah mencapai impian kita.

Pastikan pada setiap perkara itu, kita lakukan yang terbaik, dengan kadar sangat berpuashati dengan usaha yang dilakukan dan menghasilkan pencapai semaksimum mungkin. 


Kaca Mata vs Sudut Pandang

June 2, 2013

spec3 spec2

Kaca mata digunakan oleh hampir setiap  orang. Walaupun seseorang itu tidak rabun tetapi kekadang ia memakainya ketika memandu atau untuk melindungi mata daripada cahaya yang terik.

Imej yang dilihat melalui kaca mata juga berbeza-beza bergantung kepada warna kaca mata yang dipakai oleh seseorang. Jika kaca mata yang dipakai berwarna hijau maka imej yang kelihatan akan menjadi kehijauan. Jika kaca mata berwarna merah maka imej yang dilihat akan berubah menjadi kemerahan dan seterusnya. Sebaliknya jika kaca mata berwarna  putih atau warna original, maka imej yang dilihat akan kelihatan dengan jelas sepertimana asal.

Cara manusia melihat sesuatu diumpamakan seperti kaca mata juga. Sesuatu perkara akan kelihatan mengikut perspektif seseorang. Jika seseorang memakai kaca mata positif dalam melihat sesuatu perkara, maka banyak kebaikan yang dia lihat walaupun pada sesuatu yang nampaknya buruk. Sebaliknya jika seseorang suka memakai kaca mata negatif dalam melihat sesuatu maka yang baikpun boleh kelihatan buruknya apatah lagi yang sudah nampak buruk.

Sesuatu yang kita lihat, dengar dan alami akan kita nilai  menggunakan warna kaca mata yang kita pakai. Beruntunglah jika kita memakai kaca mata putih kerana kita akan nampak semua perkara dengan warna asalnya. Penilaian kita juga tidak tertipu.

Memang hebat orang yang dapat melihat kekuatan dalam kelemahan orang lain dan kelemahan dalam kekuatan orang lain.


Peringkat Usia

April 19, 2011

Awal 20-an… mencari haluan
25-30… mencari & mendapat tapak (tempat cari rezeki)
31-40… masa kerja kuat
41-45… memperkukuhkan kedudukan
46-55… maintain apa yang telah diusahakan selama ini, mengembangkan sayap untuk legacy
56… menuai hasilnya. Jika masih bekerja, ia kerana passion, bukan kerana teruk bertungkus lumus cari wang.


Menggarap Impian

February 6, 2011

Setiap insan mempunyai impian masing-masing sama ada kecil atau besar, dekat ataupun jauh. Memiliki impian sama pentingnya dengan memiliki kebijaksanaan sepertimana kata-kata  Albert Einstein yang bermaksud memiliki impian lebih penting daripada hanya memiliki pengetahuan semata.  Sememangnya ilmu penting namun pasti ada sebab mengapa beliau berkata demikian.

Terdapat empat resepi  bagaimana sesuatu impian boleh diterjemahkan menjadi kenyataan:

  1. Fikirkannya
  2. Katakannya
  3. Rasainya
  4. Lakukannya

Kelihatan amat mudah namun anda boleh mencubanya untuk menguji mana satukah yang mudah dan mana satu yang sukar untuk dilaksanakan. Jika sesuatu impian masih di peringkat difikirkan, ia boleh juga disamakan dengan angan-angan. Contohnya seseorang berfikir untuk menjadi kaya tetapi tiada apa-apa tindakan dan usaha yang dilakukannya untuk menjadikannya seorang yang kaya. Maka ia boleh dikategorikan sebagai berangan-angan. Walau bagaimanapun jika ia cuba meluahkan hasratnya untuk menambah pendapatan, maka sekurang-kurangnya ia telah berkongsi dengan seseorang  atau mungkin juga ia meluahkannya di dalam doa kepada Tuhan. Yang demikian itu sudah dianggap sebagai harapan. Sekurang-kurangnya terserlah sedikit impian yang sebelumnya hanya terkurung dalam kotak pemikirannya sahaja. Pakar-pakar motivasi menamakannya sebagai ‘affirmation’ atau kata-kata yang meneguhkan azam.

Seterusnya seorang yang mahu menjadi kaya  tadi cuba merasai bagaimana agaknya menjadi orang yang kaya. Terdapat pelbagai cara untuk memperolehi ‘feel’ atau getaran perasaan tersebut. Ada yang masuk ke rumah mewah kawan dan cuba merasai betapa nikmatnya berada di situ. Ada pula yang bergambar di sisi sebuah kereta besar, mewah dan terkini sambil tersenyum ceria, seolah-olah itu kereta kepunyaannya.  Berada di dalam kereta tersebut sambil memegang stereng kereta seolah-olah sedang memandunya juga boleh menimbulkan ‘feel’ untuk memiliki kereta tersebut. Yang demikian itu merupakan sebahagian daripada gambaran secara spesifik apa yang seseorang mahukan dalam konteks menjadi kaya dan berjaya iaitu cuba menimbulkan perasaan terhadap sesuatu yang ingin dimilikinya.

Walau bagaimanapun, resepi terakhir iaitu melakukannya atau ‘mengambil tindakan’ merupakan suatu yang lebih mencabar. Ia juga dikenali sebagai ‘kuasa tindakan’.  Ramai orang mengimpikan sesuatu, memperkatakannya dan cuba merasainya namun tidak ramai yang mampu bergerak atau bertindak menuju ke arah mencapai impiannya. Begitupun, sebenarnya bukan mudah untuk bergerak dan bertindak kerana ia bukan sekadar menggerakkan anggota begitu sahaja namun ada langkah-langkah tertentu untuk memastikan tindakan itu betul, tepat dan kena pada masanya. Ini semua untuk menjamin usahanya berhasil dan tidak sia-sia seterusnya impian dapat dicapai akhirnya. Antara kebijaksanaan dalam bertindak ialah dapatkan ilmu atau maklumat dalam bidang yang ingin diceburi, belajar dari orang yang tahu, susun perancangan, minimakan modal, sistematikkan operasi dan bertindak sekarang juga.

Kesimpulannya, apa yang kita fikirkan, luahkan, resapkan dalam jiwa dan apa yang kita lakukan akan menghasilkan suatu natijah untuk diri kita sendiri. Namun tindakan kita yang akan memutuskan apakah hasil yang kita perolehi sama ada sejajar dengan impian ataupun tidak.

Apabila berazam hendaklah bertawakkal.


Kenali Diri

January 15, 2011

Masih keliru apa kekuatan anda?

Masih terperangkap dalam kelemahan sendiri?

Masih meraba-raba mencari sesuatu yang boleh dibangunkan pada diri sendiri?

Masih merangkak mencari tapak yang sesuai untuk berdikari?

Masih tidak tahu arah tuju?

Masih tidak yakin dengan potensi diri?

Masih sangsi dengan keupayaan sendiri?

Masih dibayangi halangan dalam mencapai kajayaan?

 

Anda tidak salah kerana anda masih mencari. Tetapi anda bersalah jika membiarkan diri anda terkapai-kapai kelemasan dalam dunia penerokaan.

 

Barangkali sebahagian jawapannya ada di sini. Cubalah…

http://www.richworks.com.my/index.php?affcode=AFD6472381CC


Nak buat apa lepas bersara?

December 17, 2010

Tiba-tiba saya suka melihat aktiviti orang yang sudah bersara sama ada bersara pilihan atau bersara wajib. Seronok juga melihat orang-orang yang sudah berusia mengisi masa mereka. Ternyata bagi mereka yang bersara, ia bukanlah titik penyudah kepada kehidupan.  Tetapi mereka masih memiliki ‘passion to live‘. Bahkan kekadang masa itu lebih bermakna dan memberi kebebasan untuk mereka menyusun langkah dan waktu yang diingini.

Di beberapa tempat, saya melihat sepasang suami isteri begitu seronok mengisi usia selepas persaraannya dengan menjual jangung kukus pada setiap petang dengan menaiki van/lori kecilnya sambil membunyikan nasyid-nasyid lama (nasyid 70 @ 80-an). Kelihatan pasangan bersara itu begitu santai berniaga. Di satu tempat lain pula seorang pesara lelaki menjalankan perniagaan runcit dan keperluan dapur dengan van/lori kecilnya pada setiap pagi di taman-taman perumahan. Seorang pesara lain pula menghabiskan masa emasnya dengan menulis cerita sejarah. Nampaknya persaraan memberi ruang yang sangat lapang dan bebas untuknya menulis sambil setiap tahun mengutip royalti dari buku-bukunya yang sudah banyak diterbitkan. Seorang lain pula bukan sekadar bersara dengan pendapatan yang sudah mantap namun setelah persaraannya beliau menjejakkan kaki ke serata tempat sebagai coach.

Di sebuah pasar pula saya kerap membeli sayur dari seorang makcik yang usianya hampir 80 tahun tetapi masih tetap gigih dengan jualannya setiap hari dan masih cekap mengira tanpa kalkulator. Selalu juga saya bersembang dengannya. Seronok mengutip tip-tip hidup sihat daripadanya. Beliau sedari muda sampai kini masih setia dengan kerjayanya sebagai penjual sayur.  Tiada istilah bersara baginya selagi masih sihat.  Memang saya kagum dengannya. Saya juga suka melihat air muka seorang makcik yang begitu bersih. Rupanya makcik tersebut telah memulakan kerjaya barunya  dengan mengajar mengaji golongan kanak-kanak dan dewasa setelah usia persaraannya. Kini beliau berusia 70-an, tapi masih sihat dan kelihatan muda sahaja.

Ketika usia muda memanglah waktu yang masih rancak untuk berusaha. Tapi kalau sudah usia lanjut masih konsisten dengan usahanya, memang mengkagumkan. Nabipun pernah menyeru agar berusaha seperti mana hidup ini akan berlangsung selamanya dan beribadatlah pula seolah-olah dunia ini akan berakhir esoknya.

Indahnya hidup.


Pakej untuk Berjaya

August 15, 2010

Kejayaan menjadi  dambaan setiap insan. Namun hakikatnya kejayaan datang dalam pakej. Ia tidak datang dalam keadaan ‘stand alone’. Tanyalah dan lihatlah orang-orang yang berjaya di sekeliling kita. Semuanya berjaya dalam keadaan berpakej.

Antara pakej kejayaan tersebut, seseorang mestilah memiliki pengetahuan (knowledge). Pengetahuan mendalam terhadap sesuatu yang ingin diceburi menjadikan seseorang lebih yakin dengan apa yang ingin dilakukannya. Perkara kedua ialah kemahiran (skill). Seseorang yang lebih mahir dalam sesuatu bidang lebih menonjol keupayaannya berbanding dengan yang tidak memiliki kemahiran. Contoh yang nyata ialah pekerja yang memiliki banyak pengalaman sudah tentu lebih baik daripada pekerja yang baru habis belajar yang hanya memiliki pengetahuan semata.

Perkara ketiga dalam pakej tersebut ialah komitmen (commitment). Ia boleh ditakrifkan sebagai kesungguhan, kesabaran, kesediaan, kesanggupan dan ketekunan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi dan mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang tetapi tidak memberi komitmen dalam perkara tersebut belum tentu akan berjaya dalam bidangnya.

Perkara terakhir dalam pakej tersebut ialah disiplin (discipline). Disiplin diri untuk melaksanakan sesuatu amat penting demi memastikan sesuatu yang dilakukan berjalan dengan lancar, berterusan dan konsisten. Hanya sesuatu usaha yang konsisten sahaja yang akan menampakkan hasil yang membanggakan. Bagi umat Islam, ibadat solat dan puasa mengajar erti disiplin. Alangkah baiknya jika disiplin ini juga dapat diaplikasikan dalam tugasan yang lain.

Empat perkara ini iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill), komitmen (commitment) dan disiplin (discipline) datangnya dalam satu pakej. Itulah pakej untuk berjaya dalam apa jua yang diceburi.

Pakej untuk berjaya:

1. Pengetahuan (knowledge)

2. Kemahiran (skill)

3. Komitmen (commitment)

4. Disiplin (discipline)


Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

August 17, 2009

‘Where there’s a will, there’s a way‘. Maksudnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kata-kata hikmat ini seringkali saya ingati semenjak zaman kanak-kanak dan remaja lagi. Maklumlah waktu itu hidup saya sekeluarga agak perit. Saya rasa terdorong untuk mengubah hidup. Lalu saya berusaha bersungguh-sungguh melalui tiket pelajaran yang saya ada. Tidak kira senang atau susah, apapun jua halangan dan kesusahan sanggup saya hadapi asalkan saya berjaya dalam persekolahan.  Kini, jika tidak mewahpun sekurang-kurangnya keadaan hidup saya yang dahulu sudah berubah. Syukur kepada Tuhan kerana memberi saya satu sebab untuk mempunyai kemahuan yang kuat. Kemahuan untuk berubah. Jika anda tidak ada situasi seperti saya, mungkin anda juga boleh mendorong diri jika anda tahu apakah faktor yang boleh mendorong semangat atau kemahuan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu.

Faktor yang mendorong kepada kuatnya kemahuan:

1. Tertekan, terdesak, kesempitan, kesengsaraan dan seumpamanya.

2. Tercabar oleh penghinaan.

3. Tercabar (terpaksa) untuk  membuktikan kekuatan atau keupayaan.

3. Tertarik dengan ganjaran.

4. Mencari kepuasan dan keselesaan.

5. Membuktikan identiti.

6. Mencari jalan keluar atau menyelesaikan masalah.

7. Suka mencabar keupayaan diri.

8. Mengubah haluan hidup.

9. Mencari kehidupan.

Nah, salah satu pasti boleh membantu mewujudkan kemahuan yang kuat  (strong will)  dalam diri anda untuk melakukan sesuatu. Cubalah!


Jawapan untuk Syarifah

March 20, 2009

Pada entri kali ini sukalah saya menjawab komen/soalan Cik  Syarifah yang ditulis dalam ‘Bicara Blog’ saya:

Saya ni nak sgt keluar dari kerje makan gaji yang x seberapa ni. Saya berminat sangat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. di mana ya saya boleh dapatkan buku wanita berjaya 2.. teringin nak baca dan dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya. Sampai bila sy perlu mcm ni.. harap dapat membantu (Syarifah).

Cik  Syarifah,

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Saya bukanlah coach perniagaan tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk menjawab soalan ini, sekurang-kurangnya sedia berkongsi apa yang saya tahu.

Tahniah kerana Cik  Syarifah sudah memiliki pekerjaan walaupun pulangannya belum memuaskan. Namun ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berpeluang untuk bekerja apatahlagi menggenggam duit sendiri.

Semangat berniaga Cik  Syarifah tu memang bagus. Jika Cik  Syarifah ingin mencuba sesuatu yang baru, menukar arah atau menukar kerjaya yang sedia ada kepada perniagaan, saya cadangkan Cik  Syarifah dapatkan maklumat sebanyak mungkin (berkaitan bidang perniagaan yang ingin Cik  Syarifah ceburi), nasihat dari yang arif dan banyakkan membaca pengalaman dan hal ehwal perniagaan serta mengkaji kecenderungan dan keupayaan Cik  Syarifah sendiri. Jika Cik  Syarifah dapat bekerja dahulu dengan sesuatu syarikat yang berkaitan dengan perniagaan yang Cik  Syarifah minati, itu lebih baik, untuk memperolehi pengalaman awal.

Antara buku yang saya cadangkan Cik  Syarifah baca ialah:

  1. Motivasi Memburu Kejayaan (Maznah Hamid)
  2. Menjejaki Jutawan Senyap (Dr. Rusly Abdullah)
  3. 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia (Norlela Zubir)
  4. Idea-Idea Bisnes untuk Usahawan (Ashadi Zain)
  5. Learn From Successful Entrepreneurs, Part 1 & 2 (Vanakkam Malaysia)
  6. Secrets of the Millionaire Mind (T. Harv Eker)
  7. How To Get From Where You Are To Where You Want To Be; 25 Success Principles (Jack Canfield)
  8. Rich Dad Poor Dad (Robert T. Kiyosaki)

Kesemua buku tersebut boleh dibeli di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH, Kinokuya dan lain-lain.

Antara sifu dan laman web perniagaan yang mungkin boleh membantu:

  1. http://www.irfankhairi.com/blog (perniagaan internet)
  2. http://www.saifulsham.com (perniagaan internet & idea-idea bisnes)

Antara konsultan dan coach perniagaan kecil/sederhana yang boleh dirujuk:

  1. Norlela Zubir   http://bisneskeluarga.blogspot.com/

Secara peribadi, kerana didorong minat dan mahu mencuba, saya sendiri menceburi bidang perniagaan di samping masih bekerja makan gaji. Oleh kerana saya tidak memiliki latar belakang berniaga, maka saya belajar dari bawah, banyakkan membaca buku pengalaman, perniagaan dan motivasi perniagaan, mendapatkan khidmat nasihat dari beberapa coach dan konsultan perniagaan dan belajar selok belok pengurusan akaun dari yang arif juga.

Kesimpulannya, berniaga bukanlah mudah tetapi ianya bukanlah mustahil. Jika Cik  Syarifah belum berpuashati dengan pendapatan sekarang, ia kerana Cik  Syarifah hanya menerima 1/10 rezeki manakala 9/10 daripadanya ada dalam dunia perniagaan (yang berjaya dan diberkati).

Saya harap jawapan ini sedikit sebanyak membantu Cik  Syarifah.  Selamat maju jaya.


Buku Usahawan Wanita Penuh Inspirasi

January 25, 2009

dscn22371
Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia ini mengandungi kisah-kisah usahawan wanita Malaysia yang berjaya mengharungi  liku-liku dunia perniagaan masing-masing. Selain memaparkan kisah, buku ini juga mengandungi tip kejayaan bagi hampir setiap tokoh yang ditulis.

Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah :

1. Datuk Maznah Hamid (Securiforce)

2. Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group)

3. Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad – firma kapal)

4. Dato’ Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd)

5. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)

6. Dato’ Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited – memasarkan jam tangan buatan Swiss)

7. Dato’ Farah Khan (Melium Group)

8. Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad)

9. Dato’ Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd)

10. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd)

11. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)

12. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan pemasaran)

13. Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd – pertahanan dan penerbangan).

14. Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design).

15. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras)

16. Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd – rangkaian butik pakaian untuk wanita bertubuh besar)

17. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)

18. Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd)

19. Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd)

20. Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd)

21. Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd)

22. Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. – makanan berasaskan hot dog)

23. Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. – sistem balanced scorecard)

24. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)

25. Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)

Sekadar menyebut 25 daripada 50 orang ikon yang ditulis dalam buku tersebut. Buku ini diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Norlela Zubir, seorang ahli perniagaan, mentor, konsultan dan coach perniagaan.

Nota:

Kalau nak berjumpa dengan semua tokoh tersebut dan mengutip pengalaman mereka tentu tidak berkesempatan. Namun dengan adanya buku ini, bolehlah kita memetik  inspirasi dan motivasi untuk menguatkan semangat dalam menuju  matlamat yang diimpikan tidak kira apa jua bidang sekalipun.


Inspirasi dari KFC

December 28, 2008

sanders1Dua hari lepas, saya bersama suami dan anak sulong kami singgah di KFC. Ketika sedang menikmati hidangan ‘snack plate’ saya terpandang gambar seorang tua berambut putih sedang membuat persediaan untuk menggoreng ayam bersama rempah ratusnya. Foto itu sengaja diletakkan sebagai hiasan dinding di hadapan saya. Dalam hati bertanya, siapakah lelaki itu? Tentu ada kaitannya dengan KFC.

Rupanya dia adalah pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu Colonel Harland Sanders yang dilahirkan di Kentucky pada tahun 1890. Semasa zaman kanak-kanaknya dia biasa memasak kerana ibunya sibuk bekerja setelah ayahnya yang bekerja sebagai pelombong meninggal dunia dunia ketika usianya sementah enam tahun. Manakala beliau pula anak sulong daripada lima orang adik beradik. Antara masakan yang beliau pelajari daripada ibunya ialah memasak ayam goreng. Namun untuk menjadi tauke ayam goreng bukanlah semudah dan sepantas itu. Sebaliknya Sanders sering bertukar kerja sehinggalah usianya 40 tahun. Waktu itu dia membuka stesyen minyak di Kentucky. Dalam masa yang sama dia memberi peluang orang yang singgah di situ menikmati ayam goreng yang dimasaknya sendiri. Akhirnya ramai orang menggemari keenakan rasa ayam goreng Sanders.

Kemudian dia membuka restoran ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya terpaksa ditutup (1952) dan Sanders kehilangan semua perniagaannya melainkan resipi menggoreng ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan itu. Akhirnya Sanders berjaya memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun. Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan tahunannya (royaltinya) melebihi USD4o,000 setahun.

Termenung sejenak saya membaca kisahnya. Beberapa pengajaran yang saya perolehi di sini ialah:

  1. Jangan ragu menggilap bakat yang tampak semasa zaman kanak-kanak. Ia boleh menjadi sumber pendapatan dan sumber hidup yang kekadang lumayan.
  2. Jika ‘bintang’ belum menyerlah dalam sesuatu bidang, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan lakukan apa yang anda sukai kerana pintunya mungkin akan terbuka juga suatu hari nanti.
  3. Jika anda suka memasak, teruslah memasak. Jika anda suka menulis, teruslah menulis. Jika anda suka komputer, teruslah menggodam komputer. Jika anda suka melukis, teruslah melukis. Jika anda suka enjin, teruslah menggodam enjin motor (bukan motor curi) dan pelajari matematik kejuruteraan. Jika anda berhenti berbuat demikian, maka momentum untuk anda memulakannya kembali menjadi lemah.
  4. Mustahil kejayaan datang dalam masa sehari atau bergolek. Pasti ada harga yang perlu dibayar. Itulah ketekunan, kesabaran, disiplin dan konsisten.
  5. Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah sukjektif. Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya.
  6. Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-masing.

Sebenarnya ramai di Malaysia yang sudah berjaya. Contoh di atas sekadar memetik inspirasi dari sekeping foto seorang lelaki tua berjanggut putih di KFC yang saya singgahi.

Nota: Kalaulah Sanders itu Islam, betapa panjang amal jariahnya…


Anugerah Wanita Inspirasi Wanita

December 24, 2008
Freida Mohd. Pilus

Freida Mohd. Pilus

Membaca dan mengetahui kisah wanita berjaya sememangnya menjadi kegemaran saya. Saya tumpang bangga dan seronok melihat kejayaan wanita dalam apa jua bidang. Di sini saya paparkan beberapa usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaan masing-masing serta meraih anugerah yang setimpal dengan penat lelah mereka.

Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat serta Persekutuan Persatuan Wanita Malaysia telah mengadakan Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2008 (NMEA 2008) bertempat di Putrajaya.

Anugerah tersebut telah dimenangi oleh seorang usahawan berjiwa pendidik iaitu Datin Freida Mohd Pilus, pengasas dan Pengerusi Cempaka Schools Sdn Bhd. Ibu kepada lima anak lelaki ini telah menubuhkan sekolah tersebut 25 tahun lalu. Datin Freida kini mengendalikan lima buah sekolah termasuk sekolah antarabangsa berasrama penuh untuk pelajar perempuan di @enstek, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dengan kemenangan tersebut beliau telah menerima hadiah bernilai lebih RM100,000 termasuk sebuah kereta pacuan empat roda jenis Nautica tajaan Perodua.

Tempat kedua dimenangi oleh Datuk Azlina Che Abdullah, seorang pengasas produk kecantikan, De Classic Life (M) Sdn Bhd manakala tempat ketiga pula disandang oleh Julia Chong Chooi Fong yang mengasas dan menerajui syarikat The Truly Loving Company Sdn Bhd.

Tidak ketinggalan juga ialah penerima Anugerah Usahawan Baru yang dimenangi Pengarah Urusan, Clear Insights Technology Sdn Bhd iaitu Siti Mariam Abdullah, Anugerah Usahawan Platinum dimenangi oleh Pengarah Urusan, JWR Technology (M) Sdn Bhd iaitu Johora Bee Shaik Nattershah dan Anugerah Usahawan Luar Biasa telah dianugerahkan kepada siapa lagi jika bukan ‘iron lady’ Malaysia iaitu Pengerusi Eksekutif, Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Abdul Hamid.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan menyampaikan kesemua anugerah kebanggaan usahawan wanita itu.

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi wanita yang berjaya mengimbangi antara keperluan diri, keluarga dan kerjaya atau perniagaan. Justeru itulah kejayaan mereka boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada wanita lain yang mempunyai aspirasi tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupannya. Syabas wanita!

Untuk membaca berita penuh, sila klik di sini.


Kelebihan Membaca Al-Fatihah

October 17, 2008

Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:
1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga.
[Baca 14kali sebelum tidor]

2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.
[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.]
3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti.
[Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.]
4. Apabila terasa sangat sakit.
[Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]
5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam.
[Baca 7kali di bahagian kepala bayi]

Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.


Istimewanya sesuatu brand

June 4, 2008

Ini adalah nota dari tulisan Puan Sifu di universitipts.com.

Sesuatu brand menjadi power-brand apabila ia memiliki 3 ciri iaitu (i) familiar, (ii) dipercayai dan (iii) spesial.

Di peringkat antarabangsa, contoh brand yang spesial adalah Apple Ipod, Harley Davidson, Starbucks dan TV LCD Aquos oleh Sharp. 

Sesuatu power-brand itu dikatakan spesial apabila ia (i) original, (ii) unik, (iii) amat berbeza, (iv) lain daripada yang lain. Ambil contoh motosikal Harley Davidson yang memiliki semua 4 ciri spesial itu sehinggakan bunyi enjinnya pun amat lain daripada bunyi motosikal brand-brand lain.

Inilah yang diusahakan oleh PTS, yakni menerbitkan buku-buku yang spesial, yang hanya ada pada terbitan PTS.  

Nota: Saya sayang nota seperti ini. Ia sangat memberi panduan kepada saya.


Power Brand

June 4, 2008

Entri ini salinan daripada universitipts.com memandangkan pentingnya nota ini kepada saya.

‘RTM’ adalah brand tetapi ia bukan power-brand. ‘DBP’ pun brand tetapi bukan power-brand. Puncanya kerana orang ramai kenal ‘RTM’ dan ‘DBP’ tetapi orang tidak menaruh kepercayaan pada kualiti brand ‘RTM’ dan ‘DBP’.

Sesuatu brand menjadi power-brand apabila brand itu memiliki 3 unsur:

1. FAMILIAR

a. Orang perasan

b. Terkenal

c. Disukai

d. Mesra

Ini bermakna semua kedai buku mesti ada mempamerkan buku-buku PTS. Buku-buku PTS itu pula mesti dipamerkan di posisi yang mudah dilihat oleh pengunjung kedai itu.

Sebagai contoh, buku-buku PTS mestilah dipamerkan betul-betul di hadapan pintu masuk kedai. Barulah nanti logo ‘PTS’ menjadi logo yang amat familiar kepada peminat buku-buku Melayu yang memasuki mana-mana kedai buku.

Ini juga bermakna PTS mesti menerbitkan ribuan judul buku supaya jumlah judul yang banyak itu dapat dipamerkan pada rak-rak yang banyak, barulah nanti logo PTS menjadi familiar kepada mata pengunjung kedai buku. 

Ini bermakna PTS mesti mempunyai pengarang-pengarang yang merupakan tokoh-tokoh yang sedia sudah familiar, sudah terkenal, sudah bertaraf selebriti, sudah kerap muncul di media. 

Ini juga bermakna PTS mesti memilih antara ratusan nama-nama pengarangnya yang belum terkenal, pengarang yang mana yang dapat ditonjolkan dalam media supaya menjadi orang terkenal bertaraf selebriti. 

2. DIPERCAYAI

a. Diyakini

b. Dipercayai

c. Dapat diharapkan

Ini bermakna buku-buku PTS ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki kredibiliti dan integriti. Isi kandungan buku-buku PTS mestilah dapat dipertahankan kebebarannya.

Ini bermakna buku-buku PTS mesti ditulis oleh pengarang-pengarang yang melakukan penyelidikan dan pembacaan luas. 

Inilah yang menyebabkan buku-buku PTS mesti memiliki ciri-ciri syariah-complaint, ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, dan memenuhi pengharapan ibu-bapa, guru-guru, serta pensyarah dan para agamawan. 

3. ISTIMEWA

a. Original

b. Unik

c. Lain daripada yang lain

d. Amat berbeza 

Inilah faktor yang paling sukar dimiliki oleh sesebuah penerbit. Dari satu sudut, buku-buku PTS mesti unik, tetapi tidak boleh terlalu berlainan daripada buku-buku yang popular dalam pasaran, kerana jika terlalu asing buku seperti itu tidak laku.

Sebagai contoh, pembeli buku-buku agama dan novel PTS mahukan buku-buku yang familiar. Tetapi, jika buku-buku agama dan novel-novel PTS serupa sahaja dengan buku-buku penerbit lain, PTS tidak dapat menjadi suatu power-brand bagi dirinya sendiri.

Ini bermakna buku-buku agama PTS, dan buku-buku fiksyen PTS, mesti mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada buku-buku agama dan fiksyen oleh penerbit lain. 

Bagi menjadi sebuah penerbit bertaraf power-brand, PTS mesti mendapatkan kerjasama semua pengarangnya. Mereka mesti diberi kefahaman yang jelas mengapa mereka wajib menulis menggunakan format yang disediakan oleh PTS.

Nota: Bagaimana saya ‘apply’ untuk bidang saya? Suatu yang perlu difikirkan…


Kuasa Branding & Ikatan Emosi

June 4, 2008

Entri kali ini saya salin daripada blog universitipts.com

Seorang pengunjung UNIKA yang menggunakan nama ‘Edoray’ menulis dalam komen blog ini begini: “Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS setiap bulan di Popular Batu Pahat.”

Ayat di atas itu adalah petanda bahawa jenama atau brand ‘PTS’ sudah menjadi perkara yang dibeli orang. Inilah fenomena power-branding. Orang membeli sesuatu produk itu disebabkan dia menaruh kepercayaan kepada kualiti brand-nya.

Namun brand ‘PTS’ bukan hanya logo ‘PTS’.

Brand bukan hanya ‘nama syarikat’, ataupun ‘judul buku’, ataupun ‘nama-nama pengarang’. Brand PTS bukan hanya ‘buku-buku’ terbitan PTS itu sendiri.

Brand adalah semua itu, ditambah dengan ikatan emosi si pembeli dan pembaca. Ikatan emosi bermakna: Orang akan membeli buku-buku yang mereka sukai dan percayai. 

Apabila kita sedang berusaha membina brand, ciri-ciri terbaik dalam buku-buku kita adalah perkara yang tidak penting kepada si spembeli. Yang penting kepada si pembeli adalah berapa banyak faedah yang dia dapat dengan membeli dan membaca buku-buku kita itu. 

Kita boleh mendakwa buku-buku kita mempunyai sekian-sekian kualiti, tetapi jika kualiti itu tidak dikehendaki oleh pembeli, maka kita gagal mencipta ikatan emosi dengan pembeli itu dan dia tidak akan membeli buku-buku kita, walaupun mungkin buku kita itu menang dalam pelbagai pertandingan dan anugerah.

Apabila Edoray menulis “Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS” sesungguhnya beliau itu menaruh kepercayaan bahawa buku-buku PTS menjanjikan kualiti dan banyak faedah apabila dibeli dan dibaca oleh anak-anaknya. Itulah yang dikatakan ‘ikatan emosi’ antara pembeli dengan brand ‘PTS’. Ikatan emosi itulah yang mendorong Edoray membeli buku-buku PTS.

Justeru, sebagai penerbit, apabila kita mahu mencipta brand, jangan sibuk mempromosi logo, jenama ataupun nama syarikat saudara. Jangan sibuk mempromosi nama-nama pengarang kita. Jangan sibuk mempromosi judul-judul buku kita. 

Sibuklah mencipta ikatan emosi antara pembeli dan pembaca dengan logo, jenama, pengarang dan buku-buku terbitan kita.

Isu branding menjadi isu penting dalam perniagan dan bidang perniagaan adalah sebahagian daripada minat saya.


Rugi tak baca surat khabar?

May 23, 2008

Hari ini saya membaca blog Dr. Irfan Khairi. Katanya dia tidak membaca suratkhabar kerana banyak yang negatif daripada yang positif. Saya ingat sayalah manusia paling rugi kerana jarang membaca suratkhabar sehingga saya cuba mendisiplinkan diri untuk membacanya setiap hari.

Namun, bila difikirkan lebih jauh betul juga kata-kata Dr. Irfan itu. Banyak perkara negatif dalam akhbar akan menggugat semangat, motivasi dan kegembiraan saya. Sebab itu saya sangat ‘selective’ bila membaca akhbar. Saya cari yang memberi saya tenaga yang positif dan harmoni sahaja.

Jadi, tak baca keseluruhan akhbar sebenarnya tak rugi bahkan dapat mengekalkan tumpuan kita kepada yang positif. Walau bagaimanapun, respon kita terhadap perkara yang negatif boleh ditukar kepada positif untuk menghasilkan keputusan yang positif pula.


Coaching, Mentoring & Consulting

March 19, 2008

Secara peribadi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Norlela Zubir kerana menjawab soalah saya mengenai perbezaan antara coaching, mentoring dan consulting.

Wednesday, March 19, 2008

Jawapan Untuk Edoray

Pada entri kali ini, saya akan menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh seorang pengunjung blog bernama samaran edoray. Beliau yang merupakan pemilik blog aspirasiku ingin tahu perkara-perkara berikut :-

  1. Apa bezanya antara program mentor-mentee dan coaching?
  2. Adakah program mentor-mentee berbayar?
  3. Berapa kadar bayaran coaching untuk sejam?
  4. Bagaimana pula dengan konsultan?

Dalam program mentor-mentee, seorang mentor bertindak sebagai guru, sementara menteenya pula sebagai pelajar. Biasanya, mentor adalah pakar dalam sesuatu bidang dan dia akan memberi tunjuk-ajar dan panduan kepada mentee yang ingin menimba ilmu dalam bidang yang sama.

Contohnya Puan Sifu kita di PTS itu. Beliau seorang mentor yang mengajar mentee-menteenya selok-belok penulisan buku dalam bengkel-bengkel yang diadakan, juga melalui blog UNIKA. Oleh kerana mentor itu berstatus guru, tarafnya pastilah lebih tinggi daripada mentee (maksud saya, dalam bidang yang diajarnya).

Sebagai guru, seorang mentor boleh menunjuk ke-terror-an ilmu dan kepakarannya kepada mentee. Menjadi tugas mentor memberi arahan dan menegur kesilapan menteenya. Sebagai pelajar, mentee perlu menurut kata mentor. Dengan kata lain, agenda dalam program mentor-mentee ditetapkan oleh mentor. Oleh itu, mentee tidak bolehlah ‘melawan tauke’.

Dalam program coaching pula, coach bertindak sebagai rakan kepada coachee (pelanggannya). Biasanya coachee memerlukan khidmat coach bagi mendapatkan bantuan untuk membolehkannya beralih, contohnya, daripada paras 1 kepada paras 2. Coach bertindak sebagai fasilitator yang mendorong peralihan coachee itu.

Berbeza dengan peranan mentor, seorang coach tidak boleh menggurui coachee. Walau se-terror mana pun ilmu coach itu, dia perlu menahan dirinya daripada hendak memberi nasihat atau mengoreksi coachee. Ini kerana dalam program coaching, agenda ditetapkan oleh coachee, bukan coach. Yang hendak diberi keutamaan adalah solusi pilihan coachee.

Di awal program coaching, coachee akan menentukan apa gol yang ingin dicapainya. Gol itu adalah gol coachee. Coach akan membantu coachee mencari solusi melalui teknik pertanyaan dan imbasan. Oleh sebab itu skil mendengar amat penting dimiliki seorang coach. Bagaimana pun, seandainya coachee itu sendiri yang meminta pandangan dan nasihat, coach boleh memberitahu apa pendapatnya.

Program coaching amat berkesan apabila wujud kepercayaan (trust) yang tinggi di pihak coachee terhadap coachnya. Oleh kerana itu coach perlu membantu coachee untuk selesa meluahkan isu yang dihadapinya tanpa berselindung. Kekadang coachee akan bercakap berbelit-belit kerana dia sendiri keliru meski pun jawapan yang dicarinya sudah ada. Di sinilah coach memainkan peranannya. Dia membantu coachee melihat isu dan solusi yang difikirkannya dengan jelas.

Sama ada keputusan yang diambil oleh coachee betul atau tidak, bukanlah tanggung-jawab coach. Yang penting ialah coach dapat membantu coachee mencari solusi untuk mencapai apa yang diingininya. Kekadang coachee hanya inginkan ‘validation’ daripada coach ke atas keputusan yang diambilnya.

Sama ada program mentor-mentee berbayar atau tidak, saya kurang pasti. Bagaimana pun, program mentor-mentee bersama Puan Sifu adalah percuma. Bukti hasil daripada program Puan Ainon itu ialah buku-buku kita (mentee-menteenya) berjaya diterbitkan. Berhubung bayaran untuk coaching pula, saya dengar melalui trainer saya, ia mengikut kes (dan isu yang ditangani).

Kekadang solusi dapat dicapai oleh coachee melalui 1 sesi sahaja. Kekadang program itu perlu dilanjutkan sehingga beberapa sesi dalam tempoh beberapa bulan. Dalam program yang saya ikuti, perkara ini saya belum belajar! Saya dengar, pendapatan seorang coach yang bagus boleh tahan lumayannya. Ini yang membuat saya rasa bersemangat untuk menjadi coach!

Konsultan adalah pakar rujuk. Peranannya juga berlainan daripada mentor dan coach. Namun begitu, sebagai trainer, kita boleh mengaplikasi skil-skil sebagai konsultan, mentor dan coach dalam situasi tertentu. Jika kita hendak jadi coach 100%, takut-takut nanti kita jadi ‘coach lapar’ (hungry coach) pula! Pelanggan mungkin mahukan khidmat tambahan selain coaching, jadi kita bolehlah tawarkan kepelbagaian dengan caj-caj yang berasingan.

Nota: Seronok belajar….


Inspirational Books

March 16, 2008

Napoleon Hill telah menulis buku yang menjadi karya bestseller selama hampir tiga puluh tahun iaitu Think and Grow Rich. Beliau mula menulisnya dari tahun 1933 semasa menjadi pegawai kepada Presiden Franklin D. Roosevelt. Namun hanya beberapa tahun kemudian baru buku tersebut diterbitkan.

Daripada kajian yang dijalankan mendapati buku tersebut sangat diminati kerana mempunyai daya tarikan peribadi kepada pembacanya. Apakah daya tarikan peribadi tersebut? Jawapannya, sumber inspirasi. Buku tersebut mampu memberi inspirasi kepada pembacanya. Mengapakah sesebuah buku itu perlu memiliki unsur inspirasi? Supaya ia menyentuh kalbu, melekat di hati  dan dijiwai oleh pembaca. Apabila ideologi buku tersebut sudah mampu menyerap masuk ke dalam minda dan emosi pembaca, maka pembaca akan merasakan ia sebahagian daripada miliknya atau sesuatu yang ingin dimilikinya. Lalu ia mesti memiliki buku tersebut. Lebih jauh dari itu, buku tersebut mampu mencetuskan dorongan kepada sesuatu idea baru, rangsangan kepada pergerakan, perubahan dan semangat baru serta memberi petunjuk bahawa ada sinar di hadapan pembaca yang sedang menantinya. Konsep inilah yang dimaksudkan inspirasi. 

Antara buku-buku yang memberi inspirasi kepada saya ialah:

1. Kejayaan Dari Dalam dan lain-lain koleksi buku Ainon Mohd.

2. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman oleh Prof. Muhd. Kamil.

3. Menjejaki Jutawan Senyap ; Dr. Rusly.

4. Motivasi memburu Kejayaan; Datuk Maznah Hamid.

5. Secrets of The Millionaire Mind; T. Harv Eker.

6. One Business 99 Lessons; Nanz Chong-Komo.

7. A Passion for Success; Kazuo Inamori.

dan lain-lain. 

Persoalannya, adakah mudah menulis buku yang memberi inspirasi kepada pembaca? Bagaimana caranya? Penulis-penulis mapan seperti Puan Sifu (Ainon Mohd) sendiri, Prof. Mohd. Kamil, Dr. H M Tuah, Dr. Fadhilah Kamsah, Norlela Zubir dan lain-lain pasti ada jawapannya. 


Pertemuan Yang Manis

March 14, 2008

Sebagai insan kerdil sepertiku, sudah tentu aku berbangga dengan kunjungan Tuan Hj. Sabtu dan Puan Ainon Mohd, pengurus besar PTS, ke blog yang aku baru ingin berjinak-jinak ini. Biarpun ini bukan blog ‘glamour’ namun dengan kehadiran mereka berdua, blog ini menjadi medan untukku mempelajari sesuatu dan meningkatkan diri.

“Orang yang baik ialah seorang yang hari ini lebih baik dari semalamnya dan masa depannya lebih daripada hari ini”.

Kebanggaanku bertemu secara maya dengan Sifu PTS dan Tn. Hj. Sabtu pula kerana nilai ilmu yang aku perolehi.

“Siapa yang mengajar aku satu huruf, nescaya kuangkat ia sebagai guruku”.                                                                   (Saidina Ali) 

Pertemuan mayaku dengan mereka sangat manis kerana mereka mampu menjadi guru yang berkesan. Mereka bukan sahaja mengajar, mendidik, menunjuk cara, tetapi mereka juga menjadi sumber inspirasi yang mencetuskan aspirasi. Tidak keterlaluan jika kukatakan bahawa Sifu PTS sebenarnya membawa satu ideologi…. ideologi yang membina.

Terima kasih Sifu PTS dan Tuan Sabtu. Sudilah datang lagi di lain kali.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,341 other followers