Nota Kehidupan

University of Life

Nyonya Kedai BATA

Ketika sedang menunggu anak tusyen, saya sempat singgah ke kedai kasut BATA yang terletak tidak jauh dengan pusat tusyen anak saya.

Saya menjengah, langsung singgah walaupun tiada niat untuk membeli kasut. Niatnya cuma nak dapatkan sesuatu, tapi tak pasti apa dia. Mungkin sekadar berbual dan berkongsi pengalaman dengan pemilik kedai Bata. Ternyata Tuhan makbulkan gerak hati saya. Ah Sou (nyonya) kedai Bata melayan saya dengan mesranya. Sedikit-sedikit saya bertanya tentang kasut Batanya, tentang kedainya dan tentang perniagaannya. Beliau bercerita senang susahnya, perit jerihnya menjalankan perniagaan kasut berjenama Bata. Daripada bayaran pendahuluan, menyediakan kedai, pemasaran, menyediakan penyata kewangan, kerenah pelanggan hinggalah kepada pemantauan syarikat induk, pembayaran royalti dan seribu satu perkara dalam dunia perniagaan yang perlu ditangani. “Mau cari makan, bukan sinang mau bikin ma”, begitulah kesimpulan terakhir nyonya kedai Bata yang saya temui, seorang peniaga dan usahawan yang gigih melalui apa sahaja cabaran demi sebuah penghidupan.

Apakah falsafah yang terselit dalam kisah itu tadi?

“Jalan menuju kejayaan seringkali berliku-liku. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Hanya orang yang bersemangat kental dan bersungguh-sungguh sahaja yang akan sampai ke destinasi sukses. Bukan senang nak senang.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 25, 2007 by in Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Kejayaan.