Nota Kehidupan

University of Life

Penghargaan dan Catatan

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana blog tidak seberapa ini sudi disinggahi oleh seorang ‘linguist’ (pakar bahasa), penerbit, usahawan dan sifu yang dihormati dan disegani iaitu Puan Ainon Mohd. dari universitipts.com. Biarpun beliau tidak meninggalkan sebarang komen di ruangan ini, namun beliau masih sudi memberi respon mengenai penulisan saya di blognya. Komen tersebut sungguh bermakna, mempunyai maksud dan impak yang mendalam, mengandungi nada persuasif dan mendorong saya untuk terus menulis. Ia juga menjadi refleksi terhadap kebolehan saya dalam arena penulisan. Untuk renungan, kajian dan tatapan berulang kali, saya rakamkan respon beliau di blog universitipts.com untuk ruangan ini:

Puan Ainon Mohd.  on  01/10  at  07:01 PM

Puan Ayu Darlu,

Saya sudah baca blog Puan. Ini komen saya:

1. Bahasa Melayu Tinggi Puan elok dan kemas.

2. Sistem ejaan betul, kecuali amat sedikit.

3. Tatabahasa Puan betul.

4. Sistem tanda bacaan betul.

5. Tema entri Puan informatif.

Puan mempunyai bakat bahasa, dan bakat berkarya.

Puan Sifu, terima kasih kerana memberi saya keyakinan. Saya akan buat ‘homework’ untuk tindakan selanjutnya. Semoga Puan Ainon sudi untuk terus membimbing saya.

PS: Kagum dengan resmi padi yang semakin berisi semakin tunduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 11, 2008 by in Inspirasi dari Kisah Kejayaan and tagged .