Nota Kehidupan

University of Life

Dari PMR menuju SPM

Agak sibuk. Maklumlah awal tahun. Banyak hal persekolahan anak-anak terpaksa ditangani. Antara yang agak mencabar ialah pemilihan bidang dan pemilihan sekolah bagi anak yang bersekolah di tingkatan empat. Walaupun kelihatan masih kecil, tidak seserius seperti masuk ke universiti, namun ia tetap fasa penting kerana di hujungnya pelajar tingkatan empat kini akan menduduki SPM pada tahun hadapan.

Beberapa faktor perlu diambil perhatian semasa memilih bidang dan sekolah:

1. Minat atau kecenderungan 30%

2. Semangat dan kesungguhan 15%

3. Kebolehan atau kelayakan 10%

4. Keluarga 5%

5. Kawan 10%

6. Guru 15%

7. Sumber pembelajaran 5%

8. Persekitaran 5%

9. Peluang 5%

Peratusan yang saya tulis itu hanya contoh sahaja. Ia boleh berubah mengikut keadaan individu. Perkara-perkara tersebut perlu dipertimbangkan sewaktu menentukan ke mana dan di mana arah tuju seseorang pelajar untuk kemuncak SPMnya setahun lebih dari sekarang.

Beberapa individu mungkin baik diajak berunding:

1. Ibu bapa

2. Guru

3. Kawan-kawan

4. Orang yang arif dalam sesuatu bidang/tempat

5. Kaunselor kerjaya

6. Sumber bahan bercetak atau elektronik

Pemilihan perlu dibuat dengan teliti dan bijaksana, diulang semak beberapa kali dan disediakan alternatif jika perancangan utama tidak dapat dilaksanakan. Langkah terakhir adalah menyerahkan segala usaha dan ikhtiar yang diiringi doa kepada yang Maha Esa untuk menentukan yang terbaik buat anak-anak kita.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 3, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Kejayaan.