Nota Kehidupan

University of Life

Seorang Ibu

Sebagai seorang ibu pastilah mengharapkan yang terbaik buat anak-anak. Untuk mereka kuperuntukkan usaha sehabis daya dan doa sehabis rintihan agar perjalanan hidup mereka mudah, pembelajaran mereka berkesan dan kejayaan mereka penuh keberkatan. Alhamdulillah, anak-anakku memperolehi pencapaian yang boleh dianggap membanggakan hati seorang ibu sama ada yang mengambil UPSR, PMR dan yang terlibat dengan kejohanan olahraga MSSD.

Namun anak sulongku yang berjaya memperolehi tempat di sekolah berasrama yang kuanggap terbaik, tiba-tiba menelefon ingin pulang. Alasannya sukar untuk meneruskan pembelajaran di sana kerana sering teringatkan ibu dan keluarga. Kupujuk, kucuba dan kupujuk lagi. Kuziarahi dan kuikuti perkembangannya. Namun dia bertekad ingin pulang jua, meneruskan persekolahan di sekolah biasa. Apa kan daya …. kuturutkan kemahuannya akhirnya.

Terasa juga bersalah di dalam hati. Apakah aku ini terlalu memanjakannya? Bagaimana dengan masa depannya? Aku masih mencari hikmat di sebalik kekuasaan Tuhan ini. Semoga Allah sentiasa mengurniakannya yang terbaik.

Nota: Tulisan biru bererti pembetulan, hasil teguran daripada Sifu PTS, Pn. Ainon. Terima kasih Pn. Ainon.

2 comments on “Seorang Ibu

  1. sab2
    March 7, 2008

    Puan Ayu,
    assalamu’alaikum.

    Terima kasih menjengok ke blog saya…

    Benar, penglibatan orang kita dalam bidang Corporate Coaching /Business Coaching agak ‘ketinggalan’ berbanding dengan kaum Cina – apatah lagi berbanding Mat Saleh!

    Kelmarin, ketika makan tengahari bersama dengan Dr Cagne satu perkara yang agak melegakan: ( lihat entri di http://coachingspace.blogspot.com )

    a. Beliau bangga dengan usaha kumpulan kami (10 orang) yang sedang melengkapkan diri untuk mengambil CPC;

    dan

    b. Beliau hairan mengapa boss Melayu sendiri tidak ‘mengambil’ coach Melayu…hendak khidmat Mat Saleh juga (walau pun beliau tahu ada coach Melayu yang setara dengan beliau!)

  2. SifuPTS
    March 14, 2008

    Betulkan ejaan “ku” apabila diikuti oleh katakerja.

    SALAH: Ku pujuk, ku cuba dan ku pujuk lagi. Ku ziarahi dan ku ikuti perkembangannya.

    BETUL: Kupujuk, kucuba dan kupujuk lagi. Kuziarahi dan kuikuti perkembangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 7, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan.