Nota Kehidupan

University of Life

Jenaka Juga Bermakna

Kesibukan tidak menghalang saya memperuntukkan secebis masa bersama anak-anak dan keluarga. Lalu kami menonton bersama siri Raja Lawak yang disiarkan melalui saluran Astro. Saya tidak sempat menonton keseluruhannya tetapi terhibur dengan persembahan Nabil dan kumpulan Cham.

Persembahan mereka begitu kreatif. Nabil memaparkan idea tentang darah, isu derma darah dan cekik darah. Manakala gaya percakapannya pula meniru  cara orang Cina bercakap Melayu. Persembahan keduanya pula memaparkan sketsa nostalgia zaman kanak-kanaknya, masa kini sebagai remaja dan dewasa serta jangkauan masa depannya ketika sudah berkeluarga dan di hari tua. Caranya penyampaiannya yang bersahaja dan teratur membolehkan beliau menyampaikan isi cerita dengan kemas lagi menghiburkan. Satu lagi fakta penting ialah  beliau sememangnya dianugerahkan bakat penghibur. Kumpulan Cham pula memaparkan isu zaman sekolah rendah, zaman kanak-kanak yang begitu innocent. Jalan ceritanya menarik. Manakala gaya penyampaiannya juga amat berkesan.

Ironinya, Tuhan menciptakan alam ini dengan seribu satu ni’mat, seribu satu cara, seribu satu bakat, seribu satu keupayaan, seribu satu kebolehan, seribu satu kecenderungan, seribu satu kekuatan dan seribu satu jalan. Carilah, asahlah, gilaplah ia menjadi permata yang sangat berharga. Berbekalkan keyakinan, kesungguhan dan doa pasti setiap insan mampu menggapainya.

“The strongest single factor in prosperity consciousness is self-esteem: believing you can do it, believing you deserve it, believing you will get it.”

Nota: Pemurahnya Yang Maha Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 15, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan.