Nota Kehidupan

University of Life

Tragis Sufiah

Membaca berita terkini tentang Sufiah Yusuf, seorang genius Matematik, saya rasa terkejut dan sedih serta kasihan. Jika benarlah cerita itu, Sufiah sebenarnya hilang arah, atau sedang memberontak, atau sedang hanyut dengan hidup yang mengecewakan. Sufiah seorang yang bijak tetapi perlukan bantuan dari seorang penasihat atau pembimbing atau coach untuk membawanya pulang kepada dirinya yang sebenar.

Benarlah kata-kata, “Siapa yang mengenal dirinya maka dia mengenal Allah.” Dalam erti kata yang lain, orang yang mengenali diri sendiri; kekuatan, kelemahan, keistimewaan, kekurangan, keperluan, kecenderungan, hala tuju, asal usul, sumbangan, penciptaan dirinya dan lain-lain, maka dia akan merasa insaf dengan kebesaran dan kehebatan Tuhan yang menciptakannya. Dia merasa bertuah dan beruntung kerana dikurniakan sekian banyak nikmat yang tidak terhingga. Biarpun kekadang direntangkan masalah, kesusahan dan dugaan, dia tetap berterima kasih kerana dikurniakan daya fikir untuk menyelesaikannya. Saat jiwa menjadi lesu, dia begitu terharu kerana Allah sentiasa bersedia 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sesaat pun bosan daripada mendengar ratapan, rintihan dan pengaduan hambaNya yang kesusahan dan kesengsaraan. Begitu agungnya Ilahi. Dia memberi ujian, tetapi ada nikmat di hujung jalan. Dia memberi masalah, tetapi dibekalkan akal untuk menyelesaikannya. Diberikan nikmat, tetapi ditagih kesyukuran menerimanya.

Adakah Sufiah tidak mengenali dirinya? Dia mungkin tahu kelebihannya tetapi dia hilang keyakinan diri. Barangkali beliau melalui peristiwa-peristiwa yang sangat menekan jiwanya sehingga melenyapka self esteem yang ada pada dirinya. Di sinilah Sufiah perlukan bantuan.

Walau apapun, Sufiah belum terlambat. Dia boleh kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah kita mendoakan.

5 comments on “Tragis Sufiah

  1. mat
    April 3, 2008

    criter nie mmg mgemparkn seluruh malaysia dan dunia islam…tp sebagai yg waras anda harusla bersimpati dgn nasib sufiah….kita x tau apa yg sedang mberontak dlm diriny…..selepas apa yg terjd didlam diari hidupny. penderaan mental oleh bapany, penceraian dgn suaminy, masalah keluarga, masalah kewangan idup dsana dan lain2 lg..jd korang jgn lah trus menerus memblame dia..PENAH JUGK BAWAK NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA SUATU KETIKA DULU…

  2. cupd
    April 7, 2008

    kes sufiah mmg agak mengejutkan..mana tak nye, dia pernah menaikan nama Malaysia dulu sebagai budak cerdik dalam math..blajo plak kat oxford masa still tersgt muda..tup2 lari dari rumah plak..sebab tension ayah dia asyik dok supress dia supaya maintain jadi budak pandai..skrg ni plak, dia jadi prostitute sb nak teruskan hidup..mmg kesian,risau and kecewa la..diharapkan ada pihak yang akan dapat mencari beliau dan bimbing beliau..mungkin dia pun x nak jadi macam ni..tapi disebalik keriuhan kita risaukan beliau yang berada jauh di UK, kita jgk mesti risaukan gadis domestik kita ni..ramai yang mcm sufiah..melacur diri..harap2 kita dapat ubati gadis tempatan kita dulu..itu yang penting

  3. nana
    April 7, 2008

    salamm……………
    we must save SUFIAH!!!!!
    itu yg patut kita buat…as muslims, kta xshrusnya truz mrasa benci dgn ny..ol we need 2do iz giv her one mo chance 2 change…bantu dia untuk kembali ke jln ALLAH… muslim semua… bangkit lahh… jgn biar agama kita kian goyahh.. otherz tend 2 tink that oour religion iz not as gud s wut we owez proud of… jgn mghukum SUFIAH without knowin’ wut actly playin’ in her mind n heart now… hope tat, d authority will do sumtin…we must save her.. bring her back 2 msia… pliz…. XMO LAGI LINA JOY…

  4. haidy says,
    April 7, 2008

    mmg sedih bila dgr seorg islam sanggup gadai diri sendiri. didikan agama sudah diberi oleh kedua ibu bapa, sudah tentu dpt berfikir dgn waras baik buruknya satu2 perkara. tetapi ini lah yg dinamakan manusia, sebijak mana pun kita belum tentu kita akan menjadi seorg manusia yg berjaya & bahagia. pokok pangkal semuanya terletak ditangan kita.. Allah Maha Berkuasa, setiap yg terjadi ada hikmahnya. buat renungan, pengajaran kpd semua agar akhirat jgn dilupa..jgn terlalu mengejar duniawi yg belum tentu menjanjikan apa2.. kpd ibu bapa jgn terlalu bangga mempunyai anak yg terlalu bijak..kerana ianya mungkin akan memusnahkan dirinya sendiri. biarkan mereka melalui zaman kanak2 dgn sepatutnya..zaman remaja dan seterusnya dewasa dgn jayanya..menjadi insan yg taat pada perintah Allah , dunia akhirat…
    sufiah mmg pernah mbawa nama m’sia di mata dunia tetapi di m’sia sendiri terlalu ramai yg terpesong akidahnya.. jgnlah gajah di depan mata tak nampak, kuman diseberang kita dulukan…wallahualam….

  5. edoray
    April 9, 2008

    Terima kasih kepada anda sekelian dengan komentar masing-masing. Sememangnya kejayaan seseorang tidak boleh diukur daripada satu sudut tertentu sahaja walaupun kepakaran seringkali merujuk kepada sesuatu bidang tertentu. Ini kerana terdapat banyak aspek yang melingkungi manusia itu sendiri seperti jasmani, rohani, intelektual, sosial serta emosionalnya. Orang seperti Sufiah mungkin bertuah dan berjaya kerana mempunyai tahap kepintaran Matematik yang tinggi. Tetapi bagaimana dengan kesan perbuatannya terhadap jasmaninya kelak? Bagaimana pula dengan rohaninya? Tidakkah keteguhan iman akan menjadikannya resah dengan kemelut mungkar? Adakah dia merasakan semua ini? Dari sudut sosialnya mungkin dia bahagia kerana dilayan, ditemani dan diberi kemewahan duniawi namun apakah emosinya benar-benar bahagia atau kebahagiaan itu hanya seumpama panadol yang mengubati kesakitan sebentar cuma? Sepandai manapun manusia, ia tidak dapat lari dari ikatan agama yang sebenarnya menyelamatkan manusia dari kesengsaraan dan kesesatan. Saya cuma bimbang apa yang dilakukan Sufiah akan menjadikannya lebih sengsara dari sebelumnya. Wallahu A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 2, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Wanita.