Nota Kehidupan

University of Life

Mencari Arah

Kebuntuan mencari arah bukan sahaja berlaku kepada remaja yang sedang meningkat dewasa tetapi juga berlaku kepada pelbagai peringkat umur. Ia lebih dirasakan apabila seseorang itu ingin mengubah haluan hidupnya sama ada dari sudut kerjaya, cara hidup, mengurus kewangan, mengurus masalah, mengurus masa dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan diri saya. Sehingga kini saya masih mencari arah terutama pada bidang-bidang tertentu terutamanya dalam bidang perniagaan dan penulisan. Dilema menentukan arah ini bukan bererti seseorang itu tidak mempunyai kemahiran atau kebolehan namun bagaimana membuat pilihan untuk jenis (contoh; perniagaan & penulisan) yang betul dan tepat dengan dirinya kerana ketepatan ini akan mengurangkan beban dan kos dan dalam masa yang sama menghasilkan keuntungan yang lebih. Dalam erti kata lain, ‘think smart’ dan ‘work smart’ dan bukan ‘think hard’ dan ‘work hard’. ‘Work hard’ itu boleh tetapi biarlah dalam jenis perniagaan yang sudah dipilih dan ia akan berlaku dengan sendirinya apabila sesuatu pilihan itu benar-benar tepat dengan diri seseorang sebagaimana Oprah Winfrey berkata;
“Your true passion should feel like breathing; it’s that natural.”
Apa yang anda lakukan biarlah benar-benar menepati minat mendalam anda. Jika demikian, sesuatu itu akan dapat dilakukan semudah proses semulajadi seperti anda bernafas atau denyutan nadi yang berlaku tanpa disedari. Tambahan pula ia benar-benar dijiwai dan sudah pasti keadaan ini tidak akan menemukan anda dengan sebarang masalah ketika anda menjalankan urusan anda dalam bidang anda.
Termenung saya memikirkan arah diri saya sendiri. Hem…

4 comments on “Mencari Arah

  1. Norlela Zubir
    May 24, 2008

    Assalamualaikum.
    Puan Ayu,

    Dalam realiti kehidupan, kita mencipta kejayaan melalui langkah-langkah kecil (small steps). Jarang sekali kita mampu membuat perubahan secara sekali gus (quantum leap). Saya kira mencari ‘our true passion’ juga begitu prosesnya. Mungkin kita mulakan pencarian itu dengan sesuatu yang kita rasa selesa, sambil terus membuat ubah-suaian di sepanjang jalan. Salam.

  2. edoray
    May 25, 2008

    Puan Norlela,
    Thanks for coming and leaving your message here. It’s also very good opinion. I agree with it.

  3. sab2
    June 4, 2008

    edory,

    wah! wah! wah!… komen Puan di PTS mendapat perhatian Puan SifuPTS!

    (rujuk entri beliau 3 Jun) tentang ‘branding’…

    Sekarang sibuk?… cuti sekolah dan “program keretapi berkelah” di mana?

  4. edoray
    June 4, 2008

    Tuan Sabtu,

    Terima kasih sudi datang ke sini. Memang agak sibuk juga saya ni. Sedang menanda kertas peperiksan setengah tahun, pekerja kedai saya pula akan sambung belajar, jadi saya sedang melatih pekerja baru. Dalam masa yang sama juga projek penulisan baru saja diterima oleh editor (dah bertambah kerja). Alhamdulillah. Projek keretapi masih berjalan tetapi berikan saya sedikit ruang lagi. Teringin saya nak ke blog Tuan tetapi padatnya masa. Pasti saya akan menjenguk lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 23, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan.