Nota Kehidupan

University of Life

Kuasa Branding & Ikatan Emosi

Entri kali ini saya salin daripada blog universitipts.com

Seorang pengunjung UNIKA yang menggunakan nama ‘Edoray’ menulis dalam komen blog ini begini: “Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS setiap bulan di Popular Batu Pahat.”

Ayat di atas itu adalah petanda bahawa jenama atau brand ‘PTS’ sudah menjadi perkara yang dibeli orang. Inilah fenomena power-branding. Orang membeli sesuatu produk itu disebabkan dia menaruh kepercayaan kepada kualiti brand-nya.

Namun brand ‘PTS’ bukan hanya logo ‘PTS’.

Brand bukan hanya ‘nama syarikat’, ataupun ‘judul buku’, ataupun ‘nama-nama pengarang’. Brand PTS bukan hanya ‘buku-buku’ terbitan PTS itu sendiri.

Brand adalah semua itu, ditambah dengan ikatan emosi si pembeli dan pembaca. Ikatan emosi bermakna: Orang akan membeli buku-buku yang mereka sukai dan percayai. 

Apabila kita sedang berusaha membina brand, ciri-ciri terbaik dalam buku-buku kita adalah perkara yang tidak penting kepada si spembeli. Yang penting kepada si pembeli adalah berapa banyak faedah yang dia dapat dengan membeli dan membaca buku-buku kita itu. 

Kita boleh mendakwa buku-buku kita mempunyai sekian-sekian kualiti, tetapi jika kualiti itu tidak dikehendaki oleh pembeli, maka kita gagal mencipta ikatan emosi dengan pembeli itu dan dia tidak akan membeli buku-buku kita, walaupun mungkin buku kita itu menang dalam pelbagai pertandingan dan anugerah.

Apabila Edoray menulis “Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS” sesungguhnya beliau itu menaruh kepercayaan bahawa buku-buku PTS menjanjikan kualiti dan banyak faedah apabila dibeli dan dibaca oleh anak-anaknya. Itulah yang dikatakan ‘ikatan emosi’ antara pembeli dengan brand ‘PTS’. Ikatan emosi itulah yang mendorong Edoray membeli buku-buku PTS.

Justeru, sebagai penerbit, apabila kita mahu mencipta brand, jangan sibuk mempromosi logo, jenama ataupun nama syarikat saudara. Jangan sibuk mempromosi nama-nama pengarang kita. Jangan sibuk mempromosi judul-judul buku kita. 

Sibuklah mencipta ikatan emosi antara pembeli dan pembaca dengan logo, jenama, pengarang dan buku-buku terbitan kita.

Isu branding menjadi isu penting dalam perniagan dan bidang perniagaan adalah sebahagian daripada minat saya.

Leave a comment

Information

This entry was posted on June 4, 2008 by in Inspirasi dari Kisah Kejayaan.