Nota Kehidupan

University of Life

Power Brand

Entri ini salinan daripada universitipts.com memandangkan pentingnya nota ini kepada saya.

‘RTM’ adalah brand tetapi ia bukan power-brand. ‘DBP’ pun brand tetapi bukan power-brand. Puncanya kerana orang ramai kenal ‘RTM’ dan ‘DBP’ tetapi orang tidak menaruh kepercayaan pada kualiti brand ‘RTM’ dan ‘DBP’.

Sesuatu brand menjadi power-brand apabila brand itu memiliki 3 unsur:

1. FAMILIAR

a. Orang perasan

b. Terkenal

c. Disukai

d. Mesra

Ini bermakna semua kedai buku mesti ada mempamerkan buku-buku PTS. Buku-buku PTS itu pula mesti dipamerkan di posisi yang mudah dilihat oleh pengunjung kedai itu.

Sebagai contoh, buku-buku PTS mestilah dipamerkan betul-betul di hadapan pintu masuk kedai. Barulah nanti logo ‘PTS’ menjadi logo yang amat familiar kepada peminat buku-buku Melayu yang memasuki mana-mana kedai buku.

Ini juga bermakna PTS mesti menerbitkan ribuan judul buku supaya jumlah judul yang banyak itu dapat dipamerkan pada rak-rak yang banyak, barulah nanti logo PTS menjadi familiar kepada mata pengunjung kedai buku. 

Ini bermakna PTS mesti mempunyai pengarang-pengarang yang merupakan tokoh-tokoh yang sedia sudah familiar, sudah terkenal, sudah bertaraf selebriti, sudah kerap muncul di media. 

Ini juga bermakna PTS mesti memilih antara ratusan nama-nama pengarangnya yang belum terkenal, pengarang yang mana yang dapat ditonjolkan dalam media supaya menjadi orang terkenal bertaraf selebriti. 

2. DIPERCAYAI

a. Diyakini

b. Dipercayai

c. Dapat diharapkan

Ini bermakna buku-buku PTS ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki kredibiliti dan integriti. Isi kandungan buku-buku PTS mestilah dapat dipertahankan kebebarannya.

Ini bermakna buku-buku PTS mesti ditulis oleh pengarang-pengarang yang melakukan penyelidikan dan pembacaan luas. 

Inilah yang menyebabkan buku-buku PTS mesti memiliki ciri-ciri syariah-complaint, ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, dan memenuhi pengharapan ibu-bapa, guru-guru, serta pensyarah dan para agamawan. 

3. ISTIMEWA

a. Original

b. Unik

c. Lain daripada yang lain

d. Amat berbeza 

Inilah faktor yang paling sukar dimiliki oleh sesebuah penerbit. Dari satu sudut, buku-buku PTS mesti unik, tetapi tidak boleh terlalu berlainan daripada buku-buku yang popular dalam pasaran, kerana jika terlalu asing buku seperti itu tidak laku.

Sebagai contoh, pembeli buku-buku agama dan novel PTS mahukan buku-buku yang familiar. Tetapi, jika buku-buku agama dan novel-novel PTS serupa sahaja dengan buku-buku penerbit lain, PTS tidak dapat menjadi suatu power-brand bagi dirinya sendiri.

Ini bermakna buku-buku agama PTS, dan buku-buku fiksyen PTS, mesti mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada buku-buku agama dan fiksyen oleh penerbit lain. 

Bagi menjadi sebuah penerbit bertaraf power-brand, PTS mesti mendapatkan kerjasama semua pengarangnya. Mereka mesti diberi kefahaman yang jelas mengapa mereka wajib menulis menggunakan format yang disediakan oleh PTS.

Nota: Bagaimana saya ‘apply’ untuk bidang saya? Suatu yang perlu difikirkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 4, 2008 by in Inspirasi dari Kisah Kejayaan.