Nota Kehidupan

University of Life

Cuti di Bumi Kenyalang

Sesekali bercuti di Bumi Kenyalang

Sesekali bercuti di Bumi Kenyalang

Cuti sekolah bermula. Entri inipun menyepi. Sebenarnya saya bercuti di Sarawak mulai 17 November hingga 2 Disember 2008.

Saya tidak berkesempatan untuk melayari internet semasa di sana melainkan sesekali menggunakan telefon bimbit saya untuk menyemak email. Banyak destinasi yang saya tuju terletak berjauhan antara satu sama lain. Perjalanan agak meletihkan tetapi menyeronokkan. Antara lokasi yang saya kunjungi ialah Kuching, Serian, Serikin, Sri Aman, Sibu, Sarekei dan Matu-Daro serta Mukah.

Semasa dalam perjalanan antara Matu-Daro dan Mukah, terdapat satu tempat yang bernama Dalat. Saya teringat salah satu topik yang terdapat dalam ‘literature’ tingkatan satu (kalau tak silap) bertajuk ‘How Dalat Got Its Name’. Kini saya sendiri menyaksikan tempat yang bernama Dalat. Rasanya mantap cerita Dalat dalam ingatan saya. Antara makanan yang ‘tip top’ bagi Dalat ialah ‘sago’ (makanan tradisional)nya antara yang paling sedap. Semasa di Mukah pula, saya tidak dapat melupakan keenakan makan umai, sejenis makanan daripada ikan segar mentah. Memang ummhh! Sewaktu di Sarekei, saya dan keluarga begitu berselera sekali dengan hidangan tempoyak goreng, ikan terubuk masin, sejenis kerabu daripada buah (macam buah pelam, saya lupa namanya), belacan goreng dan macam-macam yang memang membangkit selera.

dscn2094

Pengalaman menaiki kapal terbang bukanlah asing namun agak menakutkan semasa dalam penerbangan dari Senai ke Kuching. Petang itu hujan lebat. Cuaca mendung dan gelap. Gegaran yang dirasakan di dalam pesawat membuat saya benar-benar pasrah. Syukur penerbangan selepas itu dari Kuching ke Sibu lancar dan selamat. Pengalaman menaiki feri di Sungai Igan pula merupakan suatu yang menyegarkan. Manakala pengalaman menaiki bot ekspres dari Daro ke Sibu menyeronokkan tetapi ada ketikanya mencemaskan iaitu ketika bot sedikit melambung dipukul ombak. Pengalaman menyayat hati pula ketika terserempak dengan kemalangan ngeri sewaktu perjalanan menaiki kereta dari Kuching ke Sibu. Kereta bertembung dengan motorsikal, penunggang motorsikal tercampak dan berguling atas jalan raya dan motorsikalnya terbakar. Manakala kereta malang pula tercampak ke dalam gaung dan terbakar juga. Tidak tahu bagaimana nasib penumpang kereta tersebut. Sedihnya kejadian berlaku waktu malam dan jalan yang berliku-liku pula gelap tidak berlampu. Mujurlah banyak kenderaan yang berhenti dan menyalakan lampu. Paling terang ialah lampu bomba yang dibiarkan menerangi kawasan tragis itu sehingga semua urusan selesai. Kereta saya melepasi kawasan itu kira-kira jam 11 malam.

Yang menyeronokkan pula dapat bertemu dengan saudara mara dan rakan-rakan di Sarawak setelah lama tidak bertemu. Mereka seperti dahulu, begitu mesra dan mudah untuk membantu. Antara yang ditemui ialah kak Ju, Madihi, Sukarno, Sharifah Mona (jumpa setelah 14 tahun), anak-anak buah di Kg. Tian, Matu, Daro, Sarekei, Sibu dan Kuching. Shopping pula di pelbagai tempat. Boleh kata setiap tempat yang disinggahi pasti ada barang yang dibeli. Paling tidakpun makan.

Keseluruhannya cuti di Sarawak kali ini memang berbaloi.

2 comments on “Cuti di Bumi Kenyalang

  1. zulkhair
    December 25, 2008

    Menarik. Kalau ada gambar lagi menarik.

  2. mkj243
    August 11, 2010

    Menarik, saya org sarawak sendiri belum pergi sejauh tu…mesti lama perjalanan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 22, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan and tagged .