Nota Kehidupan

University of Life

Kemas rumah edisi musim persekolahan

Ruang tamu merangkap ruang rehat dan ruang untuk belajar. Meja Jepun untuk anak perempuan, anak lelaki sekolah rendah dan saya melepakkan kerja dan meja tinggi untuk anak-anak bujang melepakkan 'homework' mereka. Rak buku dan komputer diletak berdekatan untuk memudahkan akses rujukan dan menyiapkan tugasan.

Ruang tamu merangkap ruang rehat dan ruang untuk belajar. Meja Jepun untuk anak perempuan, anak lelaki sekolah rendah dan saya melepakkan kerja dan meja tinggi untuk anak-anak bujang melepakkan 'homework' mereka. Rak buku dan komputer diletak berdekatan untuk memudahkan akses rujukan dan menyiapkan tugasan.

Musim persekolahan akan bermula dengan rasminya esok, 5 Januari 2008. Banyak persediaan dan pengemaskinian terhadap pelbagai perkara saya buat agar sesuai dengan keadaan anak-anak yang bersekolah. Ini termasuklah jadual rutin dan persediaan ruang belajar.

Malam tadi saya baru siap mengemas rumah untuk disesuaikan dengan musim persekolahan ini. Maklumlah, anak-anak yang bersekolah ada lima orang semuanya dengan empat lelaki dan seorang perempuan. Boleh dibayangkan bertimbunnya buku, fail,  kertas-kertas dan alat tulis mereka terutama ketika sedang menyiapkan ‘homework’. Biasanya mereka suka buat kerja di ruang tamu bersama adik-beradik. Rumah pula kecil sahaja. Maka perlulah saya menyusunnya agar ia sesuai untuk belajar beramai-ramai dengan pelbagai peralatan dan mudah pula akses saya ketika perlu. Sebab itu mereka tidak belajar di bilik. Saya pula lebih mudah memberi bantuan jika mereka berada setempat.

Ringkas.

Ringkas.

Yang penting ruang itu sesuai,  praktikal dan selesa digunakan untuk pelbagai tujuan; belajar, berbincang, membuat rujukan, menaip dan adakalanya menerima tetamu. Begitulah adanya untuk rumah bersaiz kecil dengan majoriti anak-anak (5 daripada 6) masih bersekolah rendah dan menengah dan tiada seorangpun yang tinggal di asrama. Syukur.

7 comments on “Kemas rumah edisi musim persekolahan

  1. Mawar
    January 14, 2009

    Salam Sdr Ayu,
    terima kasih ke blog saya. senang sekali melihat ruang rumah sdr yang kemas dan mengamankan mata walau meriah dengan anak-anak. tahniah!

  2. sandy
    October 23, 2009

    ye mmg btol komen kwn tuh, rumah tu kemas sgt. sejuk mata memandang. saya kena jadikan satu contoh jugak nih sbb sy pun anak2 ramai.

  3. atifjeelan
    June 14, 2010

    Salam. Cantik rumah awak. Saya nak tanya, di mana awak beli meja jepun tu. Nampak kemas dan ringkas. Nak tahu sangat-sangat…terima kasih

  4. D.Ayu
    June 20, 2010

    Atifjeelan, terima kasih sudi singgah. Tentang meja Jepun tu, Husband saya yang beli. Tak tanya pulak mana dia beli. Kalau ke kedai perabot mesti ada. Btw, saya suka yang ringkas bila mengemas. Tak suka kerewang2 @ terlalu fancy, nampak serabut. Buat masa ni rumah saya tengah berselirat… tgh renovate. See you again ateef.

  5. atifjeelan
    June 24, 2010

    kebetulan. Isteri saya nak cari meja jepun berserta tempat duduk, macam awak punya. Kami pun suka tema ringkasa dan modern.

  6. Meja Jepun
    January 16, 2011

    Salam. Kami menjual meja jepun. Boleh la kalau nk tengok2.

    http://www.facebook.com/pages/Meja-Jepun-Exclusive/189808421032422/

  7. Ayda
    January 26, 2011

    Terima kasih menawarkan meja Jepun. Menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 4, 2009 by in Inspirasi dari Alam Semulajadi, Inspirasi dari Kehidupan.