Nota Kehidupan

University of Life

Dilema Wanita Beraspirasi Tinggi

secretmm1

Tahniah kepada para wanita yang berjaya mendaki puncak jaya dalam bidang masing-masing. Sudah pasti anda bertuah kerana sebahagian daripada anda mendapat sokongan yang  kuat dan padu daripada  suami yang anda kasihi dan rakan-rakan di sekeliling anda. Sebahagiannya pula mencapai impian di atas kegagahan jiwa dan kegigihan usaha  mereka.

Namun ramai juga wanita yang sukar memperolehi sokongan suami untuk menapak lebih jauh ke hadapan seperti berniaga, naik pangkat, melanjutkan pelajaran dan lain-lain. Kekadang persekitaran juga tidak menyokong. Apapun anda  mempunyai sebab mengapa ingin menapak maju lagi dan suami anda juga ada alasan mengapa tidak menyokong anda yang semuanya anda lebih tahu sebab musababnya.

Jika sememangnya anda jujur ingin meningkat lebih maju, ingin mencapai impian anda yang tinggi menggunung tetapi banyak halangan, cuba baca buku Secrets of the Millionaire Mind tulisan T. Harv Eker seperti di atas. Ada idea yang mungkin boleh dijadikan inspirasi. Saya petik di muka surat 96 – 97:

“What do I do if I’m positive and want to grow, but my husband is a downer? Do I leave him? Do I try and get him to change?”

Ayat ini disoal oleh seorang wanita kepada penulis buku ini. Penulis memberi jawapannya:

First, don’t bother trying to get negative people to change….That’s not your job. Your job is to use what you’ve learned to better yourself and your life… Be the model, be successful, be happy …. they’ll see the light ( in you) and want some of it… Your job is simply to be the best you can be.

Second,  “Everything happens for a reason and that reason is there to assist me”… Yes, it’s much more difficult to be positive and conscious around people and circumstances that are negative, but that’s your test! Just as steel is hardened in the fire, if you can remain true to your values while others around you are full of doubt and even condemnation, you’ll grow faster and stronger.

motivasi-maznahSatu lagi buku yang boleh anda jadikan panduan  ialah Motivasi Memburu Kejayaan tulisan Maznah Hamid.  Keseluruhannya buku ini memang menarik dan perlu dibaca dari kulit ke kulit kerana ianya mengadunkan antara kejayaan peribadi, rumahtangga dan kerjaya (perniagaan) dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada. Ia mudah dijadikan panduan kerana penulisnya  wanita, sudut pandangannya juga adalah dari perspektif wanita (yang berjaya).  Antara sedutan dari buku tersebut:

Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan untuk memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah.

Kedua-dua buku ini memberi panduan bukan sekadar untuk menjadi usahawan berjaya, namun lebih penting lagi bagaimana cara kita berfikir untuk menerima dan mengolah sesuatu sama ada yang negatif atau positif agar menghasilkan kesan yang positif untuk kita menapak maju dan memperbaiki kualiti hidup. Dengan kebijaksanaan, anda mampu menjadikan suami, anak-anak, keluarga, persekitaran dan apa sahaja yang anda miliki sebagai sumber sokongan untuk anda mencapai impian anda.

Selamat tinggal dilema.

4 comments on “Dilema Wanita Beraspirasi Tinggi

  1. catzer
    April 4, 2009

    Erm menarik juga buku ni..tp itulah ada byk lagi buku tidak sempat dibaca..Masalah ramai wanita berkeluarga ialah tidak mendapat sokongan suami. Ramai kawan2 yg mengeluh tp itulah nak bg nasihatpun masih bujang manalah ada pengalaman sgt bab2 keluarga ni.🙂

  2. norlelazubir
    April 7, 2009

    Assalamualaikum Puan Ayu. Dilema ini (the husband is a downer) dihadapi ramai wanita yang ingin berniaga. Bertambah buntu apabila si suami itu sudah pencen dan sentiasa berada di rumah. Langkah siisteri semakin terbatas.

    Seorang kawan saya yang menghadapi isu ini tidak mati akal. Ada-ada saja idea baru dicuba dalam meneruskan cita-cita hendak berniaga. Bisnes yang diusahanya boleh dikira berjaya meski pun tersekat di sana-sini.

    Saya kira jawapan T. Harv Eker itu ada benarnya. Tidak perlu diubah sikap orang yang negatif sehingga perasaan jadi tertekan. Sebaliknya jadilah model perubahan dan terus usaha.

    Mari kita beri tabik hormat kepada kaum wanita yang bersemangat waja ini. Mereka adalah sumber inspirasi!

  3. D. Ayu
    April 18, 2009

    To catzer and Norlela, thanks for the comments.

    Seorang motivator muslim lelaki mengatakan, kena ikut cakap suami, stay at home (means, forget your dream). Betul juga pendapat dia sebab suami wajib dipatuhi.

    Jika suami tak suka isteri keluar, mungkin juga perniagaan boleh beroperasi dari rumah, melalui internet misalnya. Itu satu alternatif.

    Apapun,ikhtiar dan usaha di tangan manusia dengan kebijaksanaan akal fikiran berpandukan ilmu wahyu. Dan hasilnya adalah hak Tuhan untuk menentukan dan sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang lebih baik dan lebih sesuai untuk kita.

  4. Azian Hasan
    May 27, 2009

    Salam perkenalan,
    Saya suka blog ini. Thanks for the info. Memang sokongan keluarga perlu jika handak berniaga tetapi kita sebagai wanita perlu mencari jalan tengah supaya perniagaan kita diterima oleh suami dan anak-anak.Kadangkala mereka kurang bersetuju hanya pada peringkat permulaan sahaja, jika dah berjaya tentu mereka gembira. Bukan begitu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 3, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Wanita.