Nota Kehidupan

University of Life

Mengapa berubah?

Sama ada mahu atau tidak, perubahan akan sentiasa berlaku kepada seseorang manusia atau kehidupannya dari semasa ke semasa tidak kira ianya dibentuk seperti dikehendaki atau berlaku secara semulajadi. Banyak sebab seseorang itu boleh berubah.

Ibarat besi yang dipanaskan dengan api, ia menjadi cair. Daripada besi cair itu ia dibentuk menjadi pelbagai bentuk yang dikehendaki. Begitu juga dengan manusia. Jika manusia itu boleh diibaratkan sebagai besi, maka apinya ialah input dan pengalaman hidupnya. Daripada pengalaman itu, manusia boleh berubah dari sudut tanggapan, cara berfikir, membuat keputusan, sifat dan caranya. Jika perubahan itu membawa kesan yang positif, apa salahnya.

Apa yang penting akidah yang benar tidak boleh diubah kepada akidah yang salah kerana itu adalah perkara pokok dalam kehidupan manusia. Yang lain-lain adalah mengikut kesesuaian dan kebijaksanaan seseorang mengolahnya asalkan tidak keterlaluan.

Usahlah dikesali atau ditakuti atau dihairankan jika berlaku  sebarang perubahan terhadap diri anda sendiri atau rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali ataupun tidak kerana perubahan adalah fitrah kehidupan. Apa yang penting adalah benefit daripada perubahan itu sendiri.

“If you don’t like something, try to change it. If you can’t change it, change the way you think about it.” (Sebab tu kena berubah walau macamanapun).

“Adakalanya kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kamu. Adakalanya kamu tidak sukakan sesuatu tetapi ada kebaikannya untuk kamu.” (Mungkin kena berubah, mungkin juga tidak, fikirkan saja apa hikmatnya).

5 comments on “Mengapa berubah?

  1. norlela zubir
    June 17, 2009

    Assalamualaikum Puan Ayu. Baru-baru ini secara kebetulan saya bertemu seorang guru piano. Kata beliau, antara muridnya kini ialah seorang wanita berusia 72 tahun yang tidak pernah berminat untuk bermain alat muzik. Kata Rex lagi : Tiada yang mustahil selagi kita mahu berubah dan mencuba. Dia bertanya saya : Puan mahu belajar? Saya tersenyum dengan mata terkebil-kebil, sedang hati bertanya : Mungkinkah???

  2. wak
    June 18, 2009

    salam….

    Betul lah cikgu ayu!!! nak tak nak kita tetap akan berubah… Paling tidak, yang pastinya umur kita sentiasa berubah… bertambah!

    Kehidupan kita juga berubah… dari zaman budak2 hinggalah kini dah jadi bapak @ emak budak2….

    Wak dah baca semua tulisan cikgu… menarik!

    Salam dari kawan sekampung….

  3. D. Ayu
    June 21, 2009

    Salam buat Puan Norlela dan wak.

    Hebatnya wanita 72 tahun itu, very passionate lady. I wonder how I am at 70s…

    Yeap, sedangkan air sungai lagikan berubah inikan pula hidup kita…

    Thanks for writing here.

  4. Saifuddin
    June 22, 2009

    AsSalam
    Dinamik bermakna berubah
    kehidupan selalu berubah…
    dari kuat beransur lemah…
    dari banyak gigi beransur jadi kurang gigi…
    Saya jua banyak berubah…

    peribahasa ada sebut sekali bah melanda sekali pantai berubah…
    Hadis ada sebut ” Islam akan dibantu oleh lelaki fajir…
    fajir bermakna jahat

    Lelaki fajir berubah menjadi lelaki baik…sebab dia mengetahui setiap kejahatan yang dilakuan akan menimpa dirinya…
    contoh jika dia suka hisap rokok…dia tahu menghisap rokok buleh memudharatkan kesihatannya… lalau dia taubat dari menghisap rokok…
    Saiyidina Umar semasa zaman jahiliah selalau minum arak di keheningan malam bersama kawan kawannya… dia ada buat arak di rumah sehingga Allah memberinya taufik hidayah dgn Anugerah Iman Islam dan Ihsan…lantas muncul selaku Khalifah serta mujahid yang kuat di medan ghazwah fil Qital…
    WaLlahu ‘Alam…

  5. CIKGU SENI
    July 4, 2009

    YEAAAHHH DOO SOMETHING DIFFERENT….BERUBAHLAAAH ANDA SEBELLUM ANDA DIUBAHKAN HEHEHE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 13, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan.