Nota Kehidupan

University of Life

Self healing (penyembuhan sendiri)

Saya percaya kepada self healing (keupayaan seseorang menyembuhkan dirinya sendiri). Setakat ini sudah beberapa kali saya melakukannya dan Alhamdulillah, berjaya. Pada mulanya terpaksa tetapi ‘self healing’ menjadi alah biasa akhirnya. Dengan izin Allah, Saya merawat diri sendiri untuk beberapa situasi berikut:

1. Hati/jiwa yang sangat kecewa dan fikiran yang sangat bercelaru sehingga rasa ingin mati. Keyakinan yang saya tanamkan ialah; Allah memberikan saya nyawa dan amanah anak-anak untuk dibesarkan dan dididik. Kalaupun saya ingin mati, anak-anak saya ingin hidup. Mereka perlukan saya untuk menghidupkan dunia mereka. Jadi saya mesti hidup! Itulah amanah Allah yang perlu saya selesaikan sebelum saya memilih untuk mati. Hasilnya, jiwa saya tiba-tiba tergugah, semangat menjadi kuat dan saya mulai menyusun semula hidup saya yang hakikatnya dipenuhi tanggungjawab dan  amanah.

2. Beberapa kemalangan termasuk kemalangan jalan raya telah menyebabkan tulang belakang saya sakit beberapa tahun. Kesakitan ini terbawa-bawa semasa saya mengandungkan anak.  Suami saya memberi keyakinan bahawa sakit saya boleh sembuh. Saya menjalani fisioterapi dan selebihnya saya kuatkan hati dan positifkan minda bahawa sakit ini akan reda jika saya yakin begitu jadinya. Kini saya sudah sembuh. Cuma saya tidak menggalakkan diri saya memakai kasut tumit tinggi untuk elakkan sakit belakang lagi.

3. Dahulu, semasa kecil, salah seorang anak saya menghidap hernia. Beliau hampir menjalani pembedahan. Tetapi saya dan suami yakin Allah adalah kuasa penyembuh mutlak. Namun manusia harus berusaha sebagai memenuhi fitrah ‘sebab dan akibat’. Kami memilih perubatan alternatif. Sebelum ke bilik pembedahan, hernia anak saya sudah hilang sama sekali. Subhanallah.

4. Anak saya dilahirkan tidak cukup bulan (32 minggu / 8 bulan). Dia ditempatkan dalam incubator selama 26 hari. Dari bayi hingga usia 10 tahun dia demam dua minggu sekali. Dia sering mendapat jangkitan. Anak tekak sentiasa kembang, merah dan putih. Hampir dibedah ketika 10 tahun. Saya nekad untuk usaha yang terakhir sebelum dibedah. Selepas habis antibiotik dari doktor pakar, setiap hari saya beri anak saya makan spirulina dan aloe vera beserta dengan keyakinan dan doa agar anak saya akan sembuh tanpa melalui pembedahan, sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah. Anak saya sembuh. Buat pertama kali dalam hidupnya dia bebas dari jangkitan dan demam untuk tempoh 2 bulan. Saya meneruskan amalan memberinya spirulina, aloevera, yakin dan doa untuk tempoh 6 bulan. Jika 6 bulan dia tiada tonsil lagi, bererti dia sudah sembuh sepenuhnya. Syukur, dia melepasi tempoh itu dengan jayanya. Selepas itu sedikit demi sedit dia membina stamina, bergiat aktif dalam sukan dan menjadi atlit sekolah. Kini usianya 15 tahun, sering mewakili sekolah dan daerah untuk olahraga dan taekwondo.

Dengan mempercayai ‘self healing’ ini bukanlah saya tidak perlukan doktor langsung tetapi percaya dengan diri sendiri dan kuasa Tuhan yang mutlak melebihi daripada bergantung kepada keputusan doktor yang juga manusia biasa. Bila menoleh ke belakang kembali, subhanallah, Tuhan memberi kita masalah dan Dia juga memberi penawarnya di tangan kita sendiri. Selalulah cari hikmat sesuatu yang sudah ditakdirkan. Pasti rahsianya tersingkap jua akhirnya. Bagi saya semua ini menguatkan keyakinan saya terhadap Tuhan semesta alam, Allahu Rabbi.

3 comments on “Self healing (penyembuhan sendiri)

  1. werdah
    August 31, 2009

    Salam perkenalan,

    Alhamdulillah krn dapat membaca komen saudari dlm blog bagaimana jika syurga dan dunia tempat yg sama.. dan kak dah jengah blog saudari sblm ni.. alhamdulillah krn perjalanan hidup saudari mengikut syariatullah dan sunnatullah.. kak turut tumpang seronok.. seronok sgt krn tak berterusan menderita spt kak.. tidak spt kak antara 1996-2003 kak buat rawatan alternatif tapa tak berjaya.. selepas pembedahan 2x tu pun tak berjaya namun kak bersyukur alhamdulillah kak banyak menimba ilmu slps pengalaman ini.. dan kak akui kak dah buat kesilapan membiarkan doktor membedah kak.. saudari boleh bc entri2 kak http://permatainn.blogspot.com jika sudi di bawah label sakit dg tujuan semata2 utk djadikan teladan dan sempadan bg sesiapa sahaja yg sakit tulang belakang.. harapan kak jgnlah ada org lain mengalami spt kak.. mmg betul Allah beri kita kebebasan memilih dan akhirnya mmg Allah menggerakkan kita berbuat sesuatu berdasarkan apa yg kita pilih.. tetapi sayangnya semua itu kak sedar slps menderita sakit.. sekarang perlu buat u turn.

    “Sesuatu takdir Tuhan tidak akan berubah melainkan dengan doa”. Setelah saya kaji, kalimat ini adalah sebuah hadis Qudsi. Hadis Qudsi ialah hadis Nabi Muhammad (saw) yang lafaznya datang dari Muhammad tetapi maknanya datang dari Allah. Lalu saya begitu yakin dengannya. Maka saya mendapat jawapannya… doalah penyembuh dan penawarnya!”

    Di atas adalah petikan komen saudari dari blog http://syurgadidunia.blogspot.com . Ini juga kak pelajari slps semua dah terjadi.. Itulah agaknya hikmah yg kak dpt dpd pilihan kak itu.. doa dp bawh takdir dp atas.. kedua2nya ini akan bertembung sama ada di atas, di tengah2 atau di bawah.. jika bertembung doa dan takdir buruk di bawah, maka takdir buruklah yg menang.. jd mmg kita kena banyak berdoa.. tlg doakan kak kuat berdoa..

    Dan syukur kpd Allah sekali lg krn diilhamkan bertemu kwn2 blogger yg banyak pengetahuan dg izin Allah jua.

    Terima kasih.

  2. D. Ayu
    September 10, 2009

    Kak Werdah,

    Terima kasih kerana membaca dan mencoret di blog saya. Maaf dipinta kerana lewat memberi respon. Agak sibuk saya sebenarnya kebelakangan ini dengan peperiksaan percubaan PMR dan kini SPM pula.

    Saya turut berduka cita dengan apa yang kak Werdah alami. Saya berdoa agar kak Werdah dibebaskan daripada semua kesakitan dan penderitaan yang kak Werdah lalui. Usah kesal dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

    Cuba ambil tindakan ini:
    1. Bersedekah kepada anak-anak yatim (mungkin di rumah anak-anak yatim dsb). Beras atau apa sahaja yang menjadi keperluan mereka.
    2. Minta tolong anak-anak yatim tersebut mendoakan kak Werdah. Be specific dalam doa tersebut. Contoh; mohon Allah sembuhkan sakit kak Werdah dsb. Kanak-kanak itu suci, tak banyak dosa, doa mereka mungkin cepat dipertimbangkan.
    3. Kalau dapat doa di Mekah lagi baik. Jika tak dapat ke sana, kirim doa sesiapa yang ke sana.

    Ini sekadar cadangan. Saya merujuk kepada kes yang pernah terjadi kepada kawan saya. Dia sakit di otak. Selain berusaha di hospital, kami kawan-kawan minta murid-murid satu sekolah (1400 pelajar) membacakan yassin sambil mendoakan salah seorang cikgu mereka yang sakit itu agar sembuh @ pembedahan berjaya dengan lancar. Alhamdulillah, dia termasuk 5% pesakit otak yang berjaya dibedah dan pulih seperti biasa. Biasanya pembedahan yang melibatkan otak tidak kembali seperti asal (95%). Ini pengakuan doktor sendiri. Namun, kami gembira kerana kawan saya itu benar-benar pulih seperti dahulu. Saya ingin masukkan kisah ini dalam entri blog saya tapi belum berkesempatan.

    Semoga kak Werdah terus berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa. Terima kasih.

  3. werdah
    September 11, 2009

    Salam bertemu kembali D Ayu,

    terima kasih atas respon di atas,

    Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk melakukan sedikit yg D Ayu cadangkan. ketiga2 tu dah diusahakan mungkin Allah perlu banyakkan lagi dan dilakukan dengan ikhlas cuma yang “Be specific dalam doa tersebut. Contoh; mohon Allah sembuhkan sakit kak Werdah dsb. Kanak-kanak itu suci, tak banyak dosa, doa mereka mungkin cepat dipertimbangkan.” Ini belum lg cuma doa dp anak2 kurang upaya pernah diusahakan..

    Mudah2an kak diberi kekuatan oleh Allah untuk berusaha lebih gigih.. InsyaAllah, Tiada daya & upaya melainkan dg pertolongan Allah jua.

    wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 27, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan.