Nota Kehidupan

University of Life

Suka dan duka raya

Agak lama juga tidak menyapa blog ini. Sibuk barangkali dengan pelbagai komitmen lain. Maklumlah hari raya, musim peperiksaan, tugasan rutin, tanggungjawab kerjaya dan macam-macam lagi. Kepada pengunjung-pengunjung setia dan baru, terima kasih saya ucapkan atas kunjungan kalian ke sini. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga semuanya sejahtera dan berbahagia hendaknya.

Namun dalam keriangan aidil fitri, ada juga insan yang terpaksa menerima nasib agak malang. Tidak jauh dari tempat saya bekerja, terdapat sebuah keluarga yang mendiami rumah teres kayu telah ditimpa musibah apabila rumah mereka terbakar. Bahagian dapur yang banyak dijilat api sehingga meranapkan beberapa oven, peti sejuk dan lain-lain peralatan yang selama ini digunakan untuk memasak kuih untuk jualan terutama di musim perayaan seperti ini. Yang lebih menyedihkan lagi apabila terdapat wang tunai yang bukan sedikit turut dimamah api dalam kejadian tersebut. Sudah tentu remuk redam hati pengusaha kuih raya yang ditimpa kemalangan itu. Leganya tiada jiwa yang terkorban. Semoga mereka sekeluarga kembali pulih dalam serba serbi; mental, jiwa, fizikal rumah serta semangat keusahawanan mereka. Mungkin ada hikmat yang tersembunyi, siapa tahu.

Pengajaran bagi yang lain termasuk saya, ambillah langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan malapetaka. Bayangkan keringat belum kering hasilnya sudah lebur. Tentu senyuman bertukar menjadi ratapan. Minta dijauhkan. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 2, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan.