Nota Kehidupan

University of Life

Menjalani atau menikmati kehidupan?

Menjalani kehidupan dan menikmati kehidupan memang berbeza.

Menjalani kehidupan suatu kemestian sama ada suka atau tidak. Ada kalanya kehidupan itu pahit, manis, mudah dan sukar. Manakala menikmati kehidupan lebih kepada penghayatan manisnya kehidupan yang dilalui. Menikmati kehidupan merangkap kedua-duanya sekali; menjalani kehidupan dan menikmati kehidupan. Untuk menikmati kehidupan, seringkali memerlukan dua faktor luaran dan dalaman; nikmat yang boleh nampak di mata dan nikmat merasai. Nikmat merasai boleh dirangsang oleh pemikiran sendiri seperti fikir positif, rasa cukup, fikir boleh, fikirkan syukur lebih baik daripada protes, menerima seadanya, menghormati perbezaan dan sebagainya.

Walau apapun, ganjarannya pasti ada di sisi Tuhan dalam menjalani kehidupan asalkan ada keikhlasan di hati. Lumrah hidup di dunia sudah pastilah berbeza dengan di syurga kelak yang semuanya boleh diperolehi dengan mudah. Bagi yang menikmati kehidupan, ganjarannya sudah pasti lebih besar lagi apabila diikuti dengan rasa syukur dan tunduk mengabdikan diri kepada pencipta yang Maha Esa.

Justeru menikmati kehidupan atau sekadar menjalani kehidupan bukanlah persoalannya kerana kehidupan ini sebenarnya milik Tuhan yang mutlak dan manusia hanya meminjamnya buat sementara. Melakukan yang terbaik adalah yang sebaiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 24, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan.