Nota Kehidupan

University of Life

Di mana bahagia?

Ramai orang yang keliru tentang istilah ‘bahagia’ terutama mereka yang masih mencari arah dalam hidup. Suatu ketika dahulu saya juga keliru dengan maksud bahagia yang sebenarnya. Ini menyebabkan saya ke sana dan ke mari, membeli itu dan ini, melakukan begitu dan begini dan bermacam-macam lagi kerana menyangka semua itu boleh membawa boleh bahagia.

Ada mereka yang rasa bahagia jika memiliki rupa paras yang menawan, kalau rupa sederhana takkan nak buat pembedahan plastik? Tak semua orang mampu. Ada juga yang meletakkan bahagia pada teman yang setia, kalau teman tak setia takkan nak bunuh diri? Terdapat juga mereka yang meletakkan bahagia pada motorsikal atau keretanya yang sangat disayangi. Ada yang kata bahagia jika dapat melancong ke luar negara. Dan ramai juga yang menyandarkan bahagia pada duit yang banyak. Duit banyak tak apa lagi, tapi duit banyak yang segera pula. Bolehkah diletakkan harapan?

Ketika membaca kisah Lotus Eater, saya mendapati watak utamanya iaitu Thomas Wilson, meletakkan keyakinan bahawa beliau boleh bahagia dengan tinggal di sebuah pulau yang cantik, Caprio Island. Lalu beliau meletakkan jawatannya sebagai pengurus bank di London, membawa semua wang simpanannya yang banyak untuk bekalan hidupnya di pulau tersebut. Dia rasa dia akan benar-benar bahagia di sana, hanya menikmati keindahan pulau, tidak bekerja dan berehat semata-mata. Namun, bait-bait sengsara semakin menjelma apabila wangnya kian susut di ambang usianya 60an, sewa rumahnya tidak mampu dibayar lagi, hidupnya terpaksa menumpang ihsan dan akhirnya menjadi kurang siuman. Yang paling menyayat hati sisa hidupnya terpaksa dihabiskan dengan menjaga haiwan peliharaan orang yang memberinya makan setiap hari dan terpaksa pula tinggal di dalam pondok seakan-akan reban. Rupanya pulau indah yang disangkanya membawa bahagia adalah derita hatinya dan sengsara hidupnya sehingga akhir usia.

Semenjak skop dunia sudah dikecilkan dengan teknologi komunikasi digital yang pantas lagi global, lebih banyak lagi cara manusia mencari bahagia. Mungkinkah impian bahagia juga boleh direalisasikan melalui internet? Mungkin ya bagi mereka yang menemui cara yang betul seperti menjalankan perniagaan internet seperti yang telah dilakukan oleh Irfan Khairi, Saifulsham dan ramai lagi. Mungkin juga memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan melalui internet. Walau bagaimanapun, adakala ianya hanya tinggal anganan untuk mencapai bahagia. Tragedi yang menimpa beberapa rakyat Malaysia di luar negara contohnya Siti Aishah Hamid (OKU, 43 tahun) yang tertahan di Pakistan, Norfaizura Azura Md. Lias (28 tahun) yang terdampar di tahanan Malta bersama bayinya, begitu juga dengan Dayang Sakienah dan terdahulu sebelum itu Raja Munirah Raja Iskandar (22 tahun) yang tersumbat dalam penjara di Jepun adalah antara kisah memburu kebahagiaan yang tidak kesampaian. Sungguh simpati dengan nasib mereka.

Jadi di manakah sebenarnya bahagia? Ada pepatah mengatakan ‘Joy is not in things, it is in us’. Frasa lain pula, ‘The purpose of life is to discover your gift. The meaning of life is to give it away’. Dalam kalimah azanpun ada seruan bahagia yang menjadi intipati kejayaan, ‘Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan’. Ini bererti orang yang berjaya (bahagia) mesti menunaikan sembahyang. Banyak pula ayat Quran menerangkan bahawa orang yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat Tuhannya. Ini kerana rasa syukur akan membatasi ketamakan dan menerima segala pemberian dengan penghargaan. Syukur membuatkan kita mudah memberi atau bersedekah. Bukankah sedekah menyuburkan harta? Bukankah harta menjadi sebahagian daripada tenaga untuk hidup bahagia? Syukur memandu ke jalan bahagia, jalan yang diredai Tuhan. Syukur menundukkan kesombongan dan keangkuhan. Syukur membesarkan Tuhan. Semakin kita berpada dan semakin kita menghargai, maka di situlah bertahtanya kebahagiaan.

Segala yang tercipta mengandungi rahsia hikmatnya tersendiri. Tiada satupun yang Tuhan jadikan sia-sia. Persepsi, usaha, doa dan penerimaan kita akan menentukan bahagia atau sebaliknya. Semakin kita berpada dan semakin kita menghargai, maka di situlah bahagia bertahta.

4 comments on “Di mana bahagia?

  1. umimaudah
    December 20, 2009

    Salam ayu, rasanya kerinduan untuk bertemu sahabat yang sekian lama sudah dimakbulkan Tuhan. Akhirnya kita ber’sapa’ di maya. Sesungguhnya kuasa Allah Maha Hebat.. Syukurlah..

  2. SHIDA OMAR
    January 27, 2010

    Saya menjadi kalut dalm mengejar kebahgian yang entah ada dimana. Terkadang rasa sangat terhinanye diri bila dibanding kan dengan orang – orang disekeliling saya. Sebenarnye apa mahu hati saya, saya sendiri tidak tahu dan hinggalah kesaat ini pun rase bahgia yang saya cari tak pernah menghampiri tapi kesepian dan kekecewaan yang berpanjangan terus terus mengejar saya. Saya lemas dalm pencarian ini, rasenye tiada noktah nasib malang hidup ini.

  3. SHIDA OMAR
    January 27, 2010

    Singat saya… aaya pernah merasa sangat bahgia dan disayangi… itu pun berpuluh – puluh tahun yang lalu.. saya sangat bahgia bila berada dalam dakapan ninda tercinta saya, bila ninda memeluk, mencium saya, saya rasa sangat – sangat bahgia … tapi itu dulu, semuanye dah berlalu dan saat itu tak akan berulang lagi !!

  4. D.Ayu
    February 3, 2010

    Shida Omar,
    Saya faham dan simpati dengan Shida. Teruslah bermunajat kepada Allah, ceritakan dan adukan kepadaNya, mohon padaNya. Nescaya Shida akan memperolehi sedikit ketenangan. Hidup ini memang tak semudah yang diucap. Tapi sabar dan yakinlah suatu hari pasti sinar bahagia akan muncul. Tuhan tidak zalim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 11, 2009 by in Inspirasi dari Kehidupan.