Nota Kehidupan

University of Life

Perkara kecil yang penting

Malam semalam saya bermimpi… ada dua penerbangan ke Mekah menghantar misi umrah para jemaah. Penerbangan pertama saya terlepas tetapi saya mendapat peluang untuk menyertai misi umrah dengan penerbangan kedua. Pada pukul 7.30 malam, saya berbuka puasa. Sesudah makan, saya dapati pesawat kedua juga telah terbang meninggalkan saya dan saya menangis semahu-mahunya kerana kecewa tidak dapat menyertai umrah. Saya tersedar daripada tidur.

Saya teringat seorang kawan yang hendak melaksanakan ibadat umrah dalam masa terdekat.  Dia berpesan kepada saya jika ada apa-apa yang mahu dikirim, dia meminta menulisnya di kertas. Hendak ke Mekah, biasanya berkirim doa, doa di tempat-tempat yang multazam. Saya juga tidak mahu ketinggalan. Tapi saya berlengah. Masa berlalu dan saya terlupa setelah sibuk itu dan ini. Hanya menuliskan doa.. macam tidak penting, tapi sebenarnya amat penting. Kerana doa adalah senjata mukmin dan patahlagi dibacakan dengan seikhlas hati di tempat-tempat yang multazam, di hadapan kaabah, tentulah besar ertinya.

Saya hanya tersedar apabila tersentak dengan mimpi itu. Terus saya menelefon kawan saya itu dan talian error connection. Saya menelefon ketua misi umrah, tiada jawapan sebaliknya isterinya menjawab bahawa suaminya (selaku ketua umrah) dan rombongannya akan bertolak jam 10.00 pagi, iaitu 1 jam setengah lagi. Waktu saya menelefon ialah 8.30 pagi. Mungkin mereka (termasuk kawan saya) sudah berada di balai berlepas dan semua talian sudah diputuskan untuk penerbangan dan menumpukan perhatian kepada ibadat yang bakal dilaksanakan. Dalam hati menyelinap rasa kesal, terlepas dan terkilan.

Walaupun perkara kecil tetapi saya telah melengahkan ia. Akibatnya saya terlepas. Saya kesal dan terkilan. Bukan mudah menitip doa di Baitillah. Ia penting bagi orang yang percaya dan yakin dengan keberkatan dan keampuhan doa bagi penguat kehidupan. Kejamnya saya kerana membiarkan peluang itu berlalu…

Usah memandang remeh perkara yang kecil kerana manusia selalu jatuh kerana perkara kecil dan berjaya  hanya kerana sokongan yang kecil.

2 comments on “Perkara kecil yang penting

  1. umimaudah
    April 29, 2010

    Benar, sahabat… setiap inci perkara yang baik harusnya didahulukan, diambil berat termasuk kesihatan. Sedikit amaran Allah … dilengahkan… terlantar sakit. Disangka ringan, rupanya ujian besar untuk seiisi keluarga.. Subhanallah!

  2. D.Ayu
    June 20, 2010

    Terima kasih UmiMaudah atas kata-katamu, seindah kata-katamu yang dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 25, 2010 by in Inspirasi dari Kehidupan.