Nota Kehidupan

University of Life

“Buat saja”

Usah termenung. "Just Do It".

Pagi ini saya terbaca satu ‘quote’ yang ditulis oleh Zamri Mohamad dalam Facebooknya, “Usah peduli, buat sahaja. Mendapatkan kepastian dengan usaha lebih baik daripada mengagak-agak bila.”

Mengapa dan bagaimana mengatasi sikap bertangguh atau ‘nanti dulu’ atau ‘tunggu dulu’ ini? Mungkinkah ada kepastian yang ditunggu atau ada keraguan yang bersarang dalam jiwa seseorang? Mungkin point di bawah boleh membantu:

  1. Pengurusan yang lemah dalam pelbagai aspek; diri, masa, sumber, komunikasi, perhubungan dan lain-lain. Kenali aspek pengurusan mana yang lemah dan cuba atasinya. Kadangkala ada ruang dan ada peluang tetapi disebabkan tidak bijak mengurus peluang tersebut maka usaha tidak dapat dilakukan.
  2. Terlalu mendambakan kesempurnaan. Tidak mahu berusaha jika sesuatu itu tidak sempurna. Hakikatnya manusia tidak sempurna dan hanya Tuhan sahaja yang sempurna. Semua ciptaan manusia ada kelamahannya namun ciptaan Tuhan begitu ideal. Jadi terimalah hakikat bahawa usaha manusia memang pasti ada ketidaksempurnaannya tetapi manusia perlu terus berusaha.
  3. Dibelenggu perasaan takut dan bimbang. Bimbang dikata orang, bimbang tidak diterima, bimbang diketawakan, bimbang diejek, bimbang dimarahi, takut kalau gagal, takut menerima tanggungjawab yang lebih jika berjaya dan sebagainya. Orang yang rajin berusaha dan kuat bekerja tidak bermain dengan perasaan ini sebaliknya leka dengan usaha yang dilakukan bahkan akan berfikir apa lagi yang boleh dibuat tanpa melayan perasaan bimbang dan takut. Fakta menunjukkan 90% daripada apa yang ditakuti akan terjadi tidakpun berlaku.
  4. Sikap malas dan bertangguh sudah berkuku dalam diri. Cuba lawan sikap ini dengan melakukan terus usaha yang sepatutnya selama 40 hari berturut-turut agar sikap baru ini akan dapat melawan perangai lama.

Saya juga menasihatkan diri saya agar “Just Do It” sekarang juga kerana masa terus berlalu sedangkan segala persoalan dan ketidakpastian akan terjawab setelah saya melihat hasil yang saya usahakan. Manakala hasil yang tidak sempurna itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Lagipun, selagi bernama manusia kesempurnaan yang mutlak memang tiada kerana kesempurnaan yang mutlak itu hanya milik Tuhan yang satu.

2 comments on ““Buat saja”

  1. mohamadkholid
    October 20, 2010

    saya setuju. tulis saja dan pedulikan apa orang kata.

  2. Mama Murai
    November 1, 2010

    Assalaamu`alaikum Ayu, saya rasa point ke-3 itu yang paling sukar sekali untuk kita atasi. Saya akui kita sebenarnya terlalu takut untuk gagal walhal potensi untuk maju itu sebenarnya ada. Kita lebih suka mendengar kejayaan orang lain berbanding mengambil risiko mencubanya. Bila ada sudah yang berjaya, barulah berebut-rebut mengambil peluang yang ada dan pada masa yang sama menjatuhkan sesama sendiri kerana bimbang orang lain akan terlebih dahulu berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 30, 2010 by in Inspirasi dari Alam Semulajadi, Inspirasi dari Buku, Inspirasi dari Kehidupan.