Nota Kehidupan

University of Life

Menggilap potensi di usia emas

Kejayaan dan pencapaian dalam hidup seseorang tidak mengenal usia. Siapa yang kuat tekadnya, tekun usahanya, sabar menghadapi dugaannya, mendalam doanya, maka dia akan memiliki apa yang diimpikannya, dengan izin Tuhan jua.

Seronoknya melihat mereka yang muda-muda sudah memperolehi suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Contohnya Irfan Khairi dengan perniagaan internetnya, Zamri Mohamad dengan dunia penulisannya, Ain Maisarah dengan novel remajanya, Adam Khoo dengan latihan pendidikannya. Itu sekadar menyebut beberapa nama dan ramai lagi yang tidak dapat disebut di sini. Lebih ramai lagi yang sudah berusia berdiri mantap dengan pencapaian masing-masing. Pencapaian tersebut bukan semata kebanggaannya namun lebih dari itu  ia menjadi satu legasi yang boleh diwarisi oleh keluarga, anak dan cucu cicit kelak. Beruntunglah mereka yang mewarisi legasi berharga tersebut. Pemilik legasi tersebut juga beruntung kerana panjang amal salihnya.

Walau bagaimanapun, bagaimana jika usia sudah menginjak naik sedangkan belum ada sesuatu yang boleh dipegang apatahlagi boleh dibanggakan? Jangan bimbang. Usah jadikan usia sebagai penghalang. Selagi hayat dikandung badan, ruang untuk terus melakar sesuatu pencapaian yang manis pasti masih terbentang.  Beberapa individu ini telah membuktikannya; Anna Moses mula melukis ketika usianya menginjak 76 tahun dan ketika itu dia sering menghidap radang sendi. Namun setiap hari dia melukis sehingga menghasilkan lebih 1000 lukisan dalam tempoh 25 tahun sebelum meninggal dunia ketika berusia 101 tahun.  Beliau  mengadakan pameran lukisannya di serata Amerika sepanjang hayatnya sebagai pelukis. Selain daripada itu Ray Kroc yang memulakan perniagaan dengan jenama Mc Donald dalam usianya 52 tahun, Peter Mark Roget telah bersara dari dunia perubatannya pada usia 73 tahun dan memulakan tugas sebagai penyusun dan penerbit  sebuah kamus yang disusun secara saintifik iaitu Roget’s Thesaurus manakala Julia Child pula menerbitkan buku masakan pertamanya dan muncul dalam siri TV kepunyaannya hanya pada usia 51 tahun.

Tetapi  janganlah memberatkan atau membebankan diri. Usia, kesihatan dan kemampuan diri perlu diambil kira sebelum melangkah lebih jauh. Sudah pasti langkah yang diambil tidak seperti orang muda tetapi tidak mustahil langkah yang ‘slow and steady‘ juga mampu menghasilkan sesuatu jika ada ketekunan. Tiada yang mustahil di dunia ini. Yang penting ada iradat (kemahuan) dan kudrat (keupayaan), maka Tuhan akan menebarkan rahmatNya. Maklumlah yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 7, 2010 by in Inspirasi dari Kehidupan.