Nota Kehidupan

University of Life

Kaca Mata vs Sudut Pandang

spec3 spec2

Kaca mata digunakan oleh hampir setiap  orang. Walaupun seseorang itu tidak rabun tetapi kekadang ia memakainya ketika memandu atau untuk melindungi mata daripada cahaya yang terik.

Imej yang dilihat melalui kaca mata juga berbeza-beza bergantung kepada warna kaca mata yang dipakai oleh seseorang. Jika kaca mata yang dipakai berwarna hijau maka imej yang kelihatan akan menjadi kehijauan. Jika kaca mata berwarna merah maka imej yang dilihat akan berubah menjadi kemerahan dan seterusnya. Sebaliknya jika kaca mata berwarna  putih atau warna original, maka imej yang dilihat akan kelihatan dengan jelas sepertimana asal.

Cara manusia melihat sesuatu diumpamakan seperti kaca mata juga. Sesuatu perkara akan kelihatan mengikut perspektif seseorang. Jika seseorang memakai kaca mata positif dalam melihat sesuatu perkara, maka banyak kebaikan yang dia lihat walaupun pada sesuatu yang nampaknya buruk. Sebaliknya jika seseorang suka memakai kaca mata negatif dalam melihat sesuatu maka yang baikpun boleh kelihatan buruknya apatah lagi yang sudah nampak buruk.

Sesuatu yang kita lihat, dengar dan alami akan kita nilai  menggunakan warna kaca mata yang kita pakai. Beruntunglah jika kita memakai kaca mata putih kerana kita akan nampak semua perkara dengan warna asalnya. Penilaian kita juga tidak tertipu.

Memang hebat orang yang dapat melihat kekuatan dalam kelemahan orang lain dan kelemahan dalam kekuatan orang lain.

3 comments on “Kaca Mata vs Sudut Pandang

  1. ct-su
    June 2, 2013

    lama menunggu akak menulis…..akhirnya dapat juga saya baca hasil tulisan Kak Ayu lagi…..

  2. werdah
    June 3, 2013

    Assalamu’alaikum

    Benar tu, sebab itulah selalu ada perbezaan pendapat. Namun demikian bila ada perbezaan kita tidak perlu memaksa sebelah pihak menerima pendapat kita. Begitu kan?

  3. Ayda
    June 25, 2013

    Betul tu Werdah. Perbezaan pendapat memang biasa. Hanya perlu dengar saja, tak mestipun menerimanya. Cuma kita hormat dia dengan pendapatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: