Nota Kehidupan

University of Life

Antara Pemberi dan Penerima

image

“Kita tidak mulia dengan apa yang kita miliki. Kita mulia dengan apa yang kita beri.” Dato’ Roslan Ab Hamid.

Demikian kata-kata penuh makna salah seorang rakan. Saya suka dengan frasa ini. Ia mencetuskan minda saya untuk berfikir dan merenung sejenak.

Teringat saya dengan satu pepatah iaitu tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Biasanya tangan yang memberi berada di sebelah atas manakala yang menerima berada di sebelah bawah. Kedudukan atas dan bawah itu sahaja sudah membezakan aras tinggi rendahnya kemampuan dan kesedaran seseorang.

Jika ditambah dengan keikhlasan, pasti datang kemuliaannya. Mulia kerana sudi membantu orang yang memerlukan. Mulia kerana sedar apa yang dimiliki bukan hak mutlaknya.Ia merasa perlu dihulurkan sedikit untuk membersihkannya bahkan menyuburkannya.

Tiada tangan yang memberi tanpa terdetik sebarang kesedaran atau rasa simpati melainkan jika ada udang di sebalik batu. Tidak kiralah apa yang diberi sama ada wang, ilmu, peluang, ruang, harta benda, pandangan dan sebagainya. Biasanya pemberian didorong oleh rasa keinsafan.

Bagi penerima pula, tidak mustahil untuk memberi juga. Sekurang-kurangnya memberi doanya yang ikhlas buat yang memberi. Mungkin doa orang yang menerima didengar Tuhan dan lebih potensi untuk dimakbulkan. Siapa tahu. Yang penting kita selalu memberi apa yang kita mampu seikhlasnya.

Semakin banyak memberi dan berkongsi sebahagian daripada rezeki kurniaan Tuhan, semakin melimpah keberkatan. Semakin puas di hati, semakin disukai ramai dan semakin mulia di pandangan yang Maha Pemberi. Orang yang suka memberi yakin dengan frasa ‘the more you give the more you get’.

Kesimpulannya tangan yang memberi tentulah lebih baik daripada tangan yang menerima.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 21, 2013 by in Inspirasi dari Kehidupan.