Nota Kehidupan

University of Life

Who Moved My Cheese?

who moved my cheese melayu Buku ini sangat menarik untuk dibaca bagi orang yang takut menghadapi perubahan, tidak bersedia untuk berubah dan sangat selesa di zon selesa. Perubahan dalam hidup umpama anak sungai yang mengalir. Ia akan tetap terjadi sama ada kita suka atau tidak. Lebih baik kita mengurus perubahan daripada tersiksa kelaparan.

Inilah antara intipati buku ini. Antara perkara penting dalam buku ini yang boleh dikongsikan ialah:

1. Semakin penting keju kepada kita, maka semakin kuat kemahuan kita untuk memilikinya.

Keju itu diumpamakan sebagai  sesuatu perkara yang menjadi matlamat  kita, perkara yang perlu kita lakukan, perkara yang kita sukai atau komitmen dalam hidup kita.

2. Sekiranya kita enggan berubah  kita akan pupus.  

Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, ia akan berubah dari semasa ke semasa. Perubahan mungkin wujud dari sudut teknikal dan kaedahnya. Ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa.  Jika kita boleh menyesuaikan diri dengan perubahan itu, maka peranan atau bisnes kita atau apa sahaja yang kita lakukan dianggap relevan dan masih boleh bertahan atau berkembang lagi. Namun jika kita tidak mahu mengubah cara lama kita, mungkin akhirnya apa yang kita lakukan tidak diperlukan lagi dan akhirnya akan pupus begitu sahaja.

3. Apakah kita akan buat sekiranya kita tidak takut?

Kita akan bersedia menerima perubahan dan bergerak mengikut arah perubahan itu.

4. Jikalau kita sering menghidu keju kita tahu bila ia rosak.

Apabika kita sering memantau sumber rezeki dan apa jua perkara yang berkaitan dengan punca pendapatan kita, kita tahu bila ia akan habis atau dilanda masalah. Oleh itu kita akan bersedia bila dan bagaimana kita patut melakukan sesuatu untuk mencari sumber hidup yang lain.

5. Pergerakan menuju ke arah baru membantu kita mendapat keju baru.

Sedia berubah dan bertindak sebaik sahaja sumber rezeki kita menghadapi masalah akan mendorong kita mencari sumber rezeki yang baru.

6. Apabila kita berhenti berasa takut, kita berasa senang hati.

Ketakutan dan kebimbangan terhadap perkara yang belum pasti akan menjadikan kita ragu dan langkah kita terhenti. Sebaliknya jika  tiada kebimbangan, keraguan atau ketakutan merajai hati kita, langkah kita akan tetap mantap dan usaha kita ke arah itu akan berterusan.

7. Membayangkan diri menikmati keju baru menuntun kita kepada keju tersebut.

Apabila kita selalu fikir yang positif, bersangka baik dan terbuka dengan sesuatu perubahan, maka kita akan lebih mudah membuka pintu rezeki yang baru.

8. Semakin cepat kita melepaskan keju lama, semakin cepat juga kita menemukan keju baru.

Apabila kita tidak dibayangi dan tidak terikat dengan kenangan zaman gemilang kita yang sudah lama berlalu, maka semakin mudah untuk kita melangkah ke hadapan mencari sumber rezeki dan kehidupan yang baru.

9. Lebih selamat mencari di daerah Maze berbanding menunggu dalam situasi ketiadaan keju.

Lebih baik bergerak, bertindak dan berusaha di mana-mana lubuk rezeki daripada menanti di tempat lama tetapi sudah tiada lagi sumber rezeki di situ.

10. Kepercayaan lapuk tidak akan menuntun kita kepada keju baru.

Keterujaan kita kepada betapa agungnya apa yang kita miliki selama akan menutup kesedaran dan kesediaan kita daripada melihat peluang baru yang boleh memberi kita sumber kehidupan.

11. Apabila kita menyedari yang kita berhak mencari dan menikmati keju baru, kita menukar haluan.

Setiap orang berpeluang memperolehi rezeki dan sumber kehidupan termasuk kita. Hanya fikiran dan kesediaan masing-masing sahaja yang akan menggerakkan seseorang untuk bergerak atau sebaliknya.

12. Melihat perubahan kecil sejak awal dapat membantu kita beradaptasi dengan perubahan besar yang mendatang.

Sesuatu perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia memakan masa untuk berubah. Namun jika kita dapat menghidu aliran perubahan itu lebih awal, kita akan lebih bersedia menghadapinya.

13. Beralih seiring dengan keju dan nikmati proses peralihan itu.

Bersedia dan bergembiralah dengan setiap perubahan. Apabila kita melaluinya, kita akan menikmatinya. Apabila kita hanya memandang ombak yang bergulung,  kita mungkin takut. Tetapi orang yang meluncur ombak rasa seronok dengan gulungan ombak tersebut.

Buku ini hanya mempunyai 80 muka surat untuk dibaca. Saya menghabiskannya dalam masa sehari sahaja. Walaupun ianya pendek dan ringkas, namun sangat padat dengan point penting untuk difikirkan. Seronok membacanya.

Perubahan dalam hidup, kerjaya dan sebagainya akan tetap terjadi sama ada kita suka atau pun tidak. Lebih baik kita mengurus perubahan daripada tersiksa kelaparan.

2 comments on “Who Moved My Cheese?

  1. Senarai Dropshipper
    December 31, 2013

    Wow… menarik artikel awak….

  2. Ayda
    January 3, 2014

    Terima kasih Dropshipper.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 19, 2013 by in Inspirasi dari Buku and tagged , .
%d bloggers like this: