Nota Kehidupan

University of Life

Buntu

problem

Buntu adalah satu situasi di mana seseorang sudah tidak dapat berfikir lagi tentang sesuatu masalah yang dihadapi. Kebuntuan biasa terjadi kepada orang yang tiada idea untuk menyelesaikan masalah atau ada idea tetapi tiada sumber untuk melaksanakan idea tersebut.

Apabila fikiran buntu:

1. Buat perkara lain. Jangan ditunggu yang membuntukan.

2. Bertanyakan orang lain tentang masalah tersebut.

3. Buat rujukan dari sumber yang boleh dipercayai.

4. Tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan-lahan dan lepaskan beberapa kali.

5. Berehat dengan berurut.

6. Rehatkan minda dengan audio/video motivasi santai atau rancangan kegemaran.

7. Bersukan atau beriadah.

8. Mengambil tahu hal sekeliling. Mungkin ada ‘point’ untuk memecahkan kebuntuan.

9. Membaca, membaca, membaca.

10. Senyum dan sapa dengan orang yang ditemui.  Mungkin ada inspirasi di situ.

11. Ambil air sembahyang akan membantu ketenangan.

12. Solat dan doa menggamit solusi yang mungkin tidak disangka-sangka.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan selagi hayat masih dikandung badan. Hanya perlu sedikit usaha dan kebijaksanaan. Bertindak dengan cara yang betul pada masa yang sesuai. Perlahan-lahan kebuntuan akan melangkah pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 3, 2014 by in Inspirasi dari Kehidupan and tagged , , , , , , .