Nota Kehidupan

University of Life

Pola komunikasi

Pola komunikasi yang ditunjukkan di dalam Al-Quran ada  4 jenis:

  1. Kata-kata yang benar (qaulan sadiqa)
  2. Kata-kata yang mendalam maksudnya dan menyentuh kalbu (qaulan baligha)
  3. Kata-kata yang baik dan memuliakan (qaulan karima)
  4. Kata-kata yang memudahkan (qaulan maisura)

Image

Mulianya kata-kata yang benar sehingga Nabi Muhammad mendapat brand orang yang sangat benar (Al-Amin). Dengan pola komunikasi sedemikian, baginda menjadi orang yang sangat dipercayai. Perniagaannya menjadi laris dan dakwahnya mudah diterima. Dalam keluarga, apatah lagi, ia menjadi amalan yang tiada tolok bandingnya. Benar menjadi teras kominukasi Nabi.

Setelah benar menjadi tunjangnya, komunikasi memerlukan teknik penyampaian yang berkesan. Sesuatu maklumat dan ilmu ada kalanya tidak diendahkan bukan kerana ia tidak baik tetapi kerana ia tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Penyampaian berkesan biasanya melibatkan kesan emosi. Emosi tersentuh apabila ia memberi makna kepada emosi pendengar. Kesan sentuhan ini akan memudahkan sesuatu kata-kata meresap dengan mudah dalam penerimaan si pendengar.

Kata-kata yang baik dan memuliakan amat digemari. Siapa yang suka kata keji lagi menghina. Semua orang sukakan kata-kata yang baik dan memberi penghargaan. Kata-kata yang memberi penghargaan adalah kata-kata yang memuliakan orang, mengangkat harga diri dan mengiktiraf kebaikan dan kelebihan seseorang. Orang yang jahat sekalipun jika diberi kata-kata yang baik tentang dirinya, akan cair kekerasannya dan akan lembut hatinya.

Kata-kata yang memudahkan ialah jawapan yang memudahkan orang yang mendengar. Ayat yang didengar menyenangkan dan melegakan, Kata-kata itu memberi solusi yang dapat dilaksanakan oleh si pendengar. Ia tidak berbelit-belit atau menyusahkan. Bila didengar, ia menggembirakan. Bila dibuat, ia mempermudahkan. Target pendengar dan laras bahasa perlu disesuaikan untuk mencapai qaulan maisura.

Sekiranya seseorang itu memiliki empat pola komunikasi ini pada dirinya, betapa cantiknya ia. Sudahlah apa yang disampaikan benar, tekniknya menarik dan berkesan, kata-katanya pula baik dan positif, cara penyampaiannya pula mudah difahami. Sungguh sempurna ilmu komunikasi dari kitabNya.

Mungkin kata-kata mudah dilupakan tetapi kesan kata-kata akan berbekas dalam diri seseorang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 23, 2014 by in Inspirasi dari Kehidupan and tagged , , , , .