Nota Kehidupan

University of Life

6 Perkara Untuk Berjaya

images

Untuk mencapai sesuatu kejayaan atau apa yang diinginkan, amalkan 6 perkara ini setiap hari sehingga ia menjadi kebiasaan dan akhirnya ia akan berlaku secara automatik pada diri sendiri:

1. Tetapkan matlamat

Sediakan satu buku catatan dan tulis 10 matlamat penting kita setiap hari. Ambil 3 hingga 5 minit untuk menuliskan matlamat setiap pagi. Dengan mengulangi habit ini secara konsisten, perkara yang ingin dicapai akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan seterusnya akan menarik peluang ke arah melaksanakan impian.

2. Merancang & menyusun atur

Rancang apa yang ingin dilakukan sehari sebelum. Ambil sedikit masa sebelum tidur untuk merancang dan menyusun apa yang akan dilakukan esok hari. Tuliskan dalam buku catatan. Konsep “think on paper” ini adalah amalan orang-orang yang pernah menempa kejayaan besar dalam hidup mereka. 

3. Fokus kepada aktiviti berimpak tinggi

Aktiviti berimpak tinggi bermaksud aktiviti penting dan segera yang mendatangkan hasil. Keupayaan kita untuk memberi tumpuan kepada aktiviti ini sangat memberi kesan kepada kejayaan yang akan kita capai. Semakin tumpuan diberikan, maka semakin cepat hasilnya dapat dilihat.

4. Memelihara kesihatan

Kesihatan adalah kunci segala keupayaan. Tubuh badan yang sihat akan lebih bertenaga dalam menjalankan segala usaha dan aktiviti. Disiplinkan diri dalam senaman tetap seorang muslim iaitu solat. Solat di awal waktu adalah petanda berdisiplin tentang masa. Solat melaraskan tubuh dan dan merehatkan minda. Ditambah pula dengan makan makanan yang halal, berkhasiat dan seimbang, maka akan sihatlah tubuh badan dan lancarlah segala perancangan yang telah disusun atur.

5. Sentiasa belajar

Otak manusia seperti juga otot dalam badan. Otot menjadi kuat dengan senaman. Fikiran manusia menjadi  sihat dan sentiasa mempunyai daya momentum dengan sentiasa aktif berfikir. Sentiasa belajar tentang sesuatu boleh merangsang otak aktif berfikir. Ia tidak semestinya secara rasmi namun boleh dilakukan secara tidak langsung seperti membaca dan sebagainya.

6. Masa bersama orang tersayang

Orang di sekeliling yang hidup bersama kita adalah sokongan yang kuat sewaktu kita susah dan senang. Hargailah kehadiran orang-orang tersayang ini dalam hidup kita. Sediakan secebis masa untuk bersama mereka walau sesibuk manapun kita. Ketenangan keluarga akan menjadikan kita lebih mudah mencapai impian kita.

Pastikan pada setiap perkara itu, kita lakukan yang terbaik, dengan kadar sangat berpuashati dengan usaha yang dilakukan dan menghasilkan pencapai semaksimum mungkin. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 19, 2014 by in Inspirasi dari Kisah Kejayaan.