Nota Kehidupan

University of Life

Mendorong Diri Untuk Bertindak

act now

Bagaimana mendorong diri sendiri agar bertindak?

1. Fikir cara solution-oriented

Fikir secara solution-oriented. Cara berfikir seperti ini memaksa kita fikir ke hadapan dan cari jalan penyelesaian. Ia menjadikan kita kreatif dengan idea yang boleh dibangunkan. Ia lebih baik daripada berfikiraan kritis yang hanya mencari punca masalah tetapi tidak menyelesaikan masalah.

Fikir, dapat idea dan jalankan idea tersebut.

2. Senaraikan kebaikan

Senaraikan pengajaran dan kebaikan yang diperolehi dari setiap situasi. Ini terutamanya situasi yang membuka peluang untuk kita bergerak maju ke hadapan walaupun situasi itu menyakitkan. Kadang-kadang kita tidak perasan adanya intan di celah timbunan batu batan. Hanya dengan membuat penelitian (menyenaraikan kebaikan), barulah kita sedar situasi itu memberi kita keuntungan.

Senaraikan kebaikan, bersyukur dan jalan terus.

3. Senaraikan idea

Senaraikan idea yang boleh dilaksanakan. Dengan menyenaraikan idea, kita akan dapat melihat pilihan yang banyak yang boleh kita lakukan. Dari situ kita akan menilai yang terbaik untuk diambil tindakan. Tanpa menyenaraikan idea tersebut, mungkin kita akan terlupa atau mungkin kita tidak nampak bahawa ada idea yang lebih baik untuk diusahakan.

Senaraikan idea, kaji, pilih yang terbaik dan paling sesuai dan jalankan idea pilihan.

4. Membuat catatan

Buat catatan mana yang perlu dan bukan hanya difikir sekali lalu. Catatan merangsang 3 pergerakan serentak iaitu otak berfikir, jari mencatat, mata melihat dan mungkin hati merasa. Sudah tentu ia lebih berkesan daripada hanya fikir sepintas lalu dan kemudian hilang lenyap begitu sahaja.

Catat, lihat, fikir, jelas, bertindak sambil membuat refleksi sebelum teruskan usaha lagi dan lagi.

5. Ingat pahala

Manusia dinilai dari apa yang diusahakan. Sama ada berjaya atau gagal, itu ketentuan Tuhan. Namun setiap usaha, setiap keringat yang menitik, setiap lelah akan dicatatkan pahala dan kebaikannya. Balasan baik untuk orang yang berniat dan berbuat baik. Tiada yang sia-sia.

Ingat akhirat, berebut pahala, berusaha buat baik sebanyak mungkin semasa di dunia.


Kuasa bertindak adalah yang paling kritikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 20, 2014 by in Inspirasi dari Kehidupan and tagged , , , , , , , , , .