Nota Kehidupan

University of Life

Bagaimana menghadapi situasi sukar

Bagaimana menghadapi situasi sukar:

1. Tenangkan diri

Bertenang dan kawal diri

Bertenang mengurangkan panik

Bertenang mendorong akal berfikir dan mencari jalan

Mengikut emosi mendorong kesilapan

Kesilapan mengundang penyesalan

2. Terima realiti

Walau apapun alasan, sesuatu yang terjadi sudah pun berlalu.

Tiada guna menentang alam.

Belajar menerima hakikat hidup.

Belajar menyesuaikan diri dengan situasi baru.

3. Terima diri sendiri

Muhasabah diri memang bagus

Menyedari kesilapan dan kekurangan adalah terbit dari rasa perhambaan

Maafkan diri sendiri

Berikan  peluang kedua kepada diri sendiri

Terima diri sendiri seadanya

4. Lihat sisi positif

Semua yang terjadi ada hikmatnya

Kaji kebaikan sesuatu walaupun ia nampak buruk dan pahit

Lihat sesuatu dari kaca mata positif

Berterima kasih dan bersyukur

Yang terpilih adalah yang teristimewa

5. Fikirkan penyelesaian

Fikirkan bagaimana mahu mengurangkan kesakitan / kerosakan

Aktiviti kendiri yang aktif seperti membaca dan menulis untuk mencetuskan idea

Bergaul dan bersosial untuk mengurangkan tekanan

Berinteraksi dan berbincang untuk meluaskan ufuk pemikiran

6. Melihat masa hadapan

Selamat tinggal masa silam, selamat tinggal kenangan

Jauhkan daripada apa jua sumber yang membawa fikiran, emosi dan tindakan ke belakang

Lihat masa depan yang cerah bersinar

Ambil perhatian insan tersayang dan mereka yang memerlukan anda ketika ini

Tindakan mengawal perasaan

7. Hari ini dalam genggaman

Detik paling penting

Waktu paling berharga

Utamakan tindakan yang membawa hasil dan nilai

Sangat rugi melepaskan saat ini

Lakukan sahaja apa yang sepatutnya anda lakukan

8. Penyerahan mutlak

Tawakkal dan usaha

Manusia hanya berusaha. Tuhan menentukan hasilnya.

Manusia merancang, Tuhan menentukan segalanya.

Tiada penyesalan bagi setiap kesungguhan.

Syukur anda telah melakukan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

9. Penutup

Selamat tinggal kecewa

Selamat tinggal masa sukar

Selamat membalut kepedihan

Selamat sembuh dari kelukaan

Selamat bergembira dengan kehidupan

http://bit.ly/bangkitdarikecewa

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 5, 2014 by in Inspirasi dari Kehidupan.