Nota Kehidupan

University of Life

Jadi Pendengar Yang Baik

Untuk menjadi pendengar yang baik, tidak mesti bersetuju. Memadai dengan diam dan dengar dengan minat dan prihatin.

Pentingkah menjadi pendengar yang baik? Secara jujurnya adakah anda suka apabila anda bercakap dengan seseorang, dia memalingkan muka atau buat acuh tak acuh?

listener a

Seorang wanita suka bercakap untuk meluahkan apa yang dirasa atau difikirnya. Kadang-kadang bukanlah besar sangat perkara yang diperkatakannya. Namun bercakap menjadi suatu perkara yang melegakan jiwanya. Apatah lagi jika ada yang sudi mendengarnya sama ada suami, anak atau rakan. Dirinya akan rasa difahami dan dihargai. Be a good listener, don’t judge and put boundaries on someone else’s grief.

Seorang lelaki pula berkongsi kisah kerjayanya dengan isteri. Bukanlah isteri itu pandai menyelesaikan hal-hal pejabat suaminya, namun lelaki akan rasa ada tempat berkongsi yang mempercayainya dan menyokong kerjayanya. Isteri tidak perlu bersusah payah memerah otak memikirkan untuk suami. Cukuplah menjadi pendengar yang setia dan penuh minat. Itu sebagai tanda sokongan.

listen 2a Anak-anak suka bercerita tentang imaginasinya walaupun tidak logik. Keyakinan anak-anak menjadi semakin tinggi jika ibu atau bapa mendengar dengan penuh prihatin. Sebaliknya mereka rasa tidak dipedulikan jika tiada siapa yang mendengar angan-angan, keluhan dan masalah mereka. Ibu bapa hanya perlu tadah telinga sahaja. Mungkin bertanya beberapa soalan. Frasa ini barangkali bagus untuk diingati; “The first duty of love is to listen”. Anak-anak akan rasa kehadiran ibu bapa mereka kerana mereka didengar.

Seorang bos kadang-kadang bercakap dengan seseorang kakitangan yang dipercayainya tentang hal syarikat. Ia sebagai menunjukkan betapa beliau sedang memegang satu tanggungjawab yang berat yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Beliau memerlukan sokongan dan kerjasama kakitangannya. Seorang bos yang mendengar pula akan dianggap sebagai bos yang prihatin dan tinggi tolak ansurnya. It takes a great man to be a good listener.

Seorang pelanggan bercerita panjang tentang ketidakpuasan hatinya, keinginannya, produk yang dibelinya dan mungkin banyak perkara picisan lain yang dimasukkan. Tidak mengapa. Seorang peniaga yang baik akan cuba memahami apa yang sebenarnya dimahukan oleh pelanggan tersebut. A good listener truly wants to know the speaker (John Powell). Untuk memahami, perlu menjadi pendengar yang baik. Bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat penting. Barulah dibuat kesimpulan tentang keperluan atau masalahnya.

Menjadi pendengar yang baik boleh menjadi penyelamat rumahtangga, penyejuk keluarga, menjadi pekerja yang dipercayai, rakan yang disayangi dan menjadi penjual yang menghasilkan banyak jualan. Tidak perlu kata apa-apa. Hanya angguk dan senyum sebagai tanda sedang mendengar dengan penuh perhatian.

Belajar diam dan Jadi pendengar yang baik. Tidak rugi bahkan untung. Tidak percaya? Cubalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: