Nota Kehidupan

University of Life

Bicara Weblog

Ketika membaca bahan bacaan, ketika melalui pengalaman hidup seharian, ketika memerhati tingkah persekitaran, ketika terpegun dengan fenomena alam sekeliling dan ketika menulis mencoretkan sesuatu, sebenarnya banyak falsafah hidup yang saya pelajari dan terjunam dalam pegangan menjadi prinsip hidup.

Bukan sedikit pengalaman yang dilalui, namun terlalu sedikit yang dapat dianalisis dan difahami. Tuhan menjadikan manusia dengan petunjukNya. Hanya manusia yang kekadang terbatas untuk memahami petunjuk-petunjukNya. Dan dalam setiap peristiwa yang dilalui, pasti ada sesuatu petunjuk. Hakikatnya selagi ada hayat di kandung badan, maka selagi itulah kita bermain dengan teka teki petunjuk apakah yang sedang kita lihat sekarang ini. Ke manakah kita akan melangkah dan bagaimana caranya. Bagaimana pula memberi respon terhadap sesuatu yang terjadi dan mensyukurinya. Inilah yang dinamakan University of Life. Ia sebuah pembelajaran dan pengalaman yang real. Setiap insan ada University of Lifenya sendiri dan ia sangat unik.

Saya percaya bahawa menulis seperti juga berbincang. Ia membuatkan saya berfikir. Writing is thinking on paper.  Berkongsi pandangan seperti ini kekadang mencetuskan inspirasi, ilham dan kekuatan diri. Menulis mencairkan minda yang beku, membugarkan semangat yang lesu, merungkaikan emosi yang buntu, mendambakan nikmat berbicara biarpun bisu, merehatkan minda dengan terapi yang seindah salju. Lalu saya lakarkan ia sebagai Nota Kehidupan.

Saya hanya insan biasa yang mencari sesuatu buat mengisi hidup, buat dihadiahkan kepada mereka yang menginginkan, buat memanjangkan kebaikan jika ada, buat mengharmonikan hidup yang sejahtera, aman dan makmur.

Salam persaudaraan dan selamat berkongsi di aspirasiku.wordpress.com

14 comments on “Bicara Weblog

  1. honeynurhaliza
    April 7, 2008

    best ur blog ni…:)good luck..:)

  2. jane
    January 4, 2009

    salam D ayu,

    saya suka dgn blog ini. boleh link x ?

  3. D. Ayu
    January 5, 2009

    Jane, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Untuk link ke blog Jane, anytime Jane boleh berbuat demikian. Dipersilakan. Jumpa lagi.

  4. Bunnybaby
    January 30, 2009

    Salam.
    Terima kasih atas kunjungan saudari ke blog saya. Untuk pautan, saudari dipersilakan.

    Wah, seronoknya ada rumah sendiri, boleh cipta ruang khas untuk buku. Cemburu saya🙂

  5. syarifah
    March 20, 2009

    saya ni nak sgt keluar dari keje makan gaji yang xseberapa ni. sy berminat sangat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. di mana ya sy boleh dapatkan buku wanita berjaya 2.. teringin nak baca dan dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya. sampai bila sy perlu mcm ni.. hrapa dapat membantu

  6. D. Ayu
    March 20, 2009

    Syarifah,

    Terima kasih kerana membaca blog saya. Dipersilakan ke laman utama (home) blog ini untuk membaca jawapan yang saya boleh kongsikan dengan Syarifah.

  7. fatimiestar
    September 24, 2009

    Salam Ayu,

    Nice blog u have here. Your writing depicts who u r and it is sincerely u. Well done!

  8. ruziatun
    January 26, 2010

    Apa khabar Kak Ayu. harap sihat bersama-sama rakan-rakan Dato` Sulaiman.
    Saya tersinggah di laman web ini kerana sedang mencari bahan untuk Assignment Gelagat Pengguna dan Organisasi. Nak jadikan Pn. Hjh. Faiza, (Sykt. beras) sebagai ahli perniagaan pilihan.

  9. law of attraction centre
    April 19, 2011

    Magnificent! It is so nice to find this page! Frequently it’s difficult to find other people with similar pastimes as me, and therefore, enjoy the same stuff as I do. I also love business law of attraction tips. I hope other people find your site as pleasurable I have.

  10. Solomon Lesch
    April 21, 2011

    Generally I do not comment on your current posts, however I wanted to show you I have placed a link to your site on my own blog. I had been thinking wether you could gain something from my own visitors given that me and you have a somewhat comparable webpage. I would appreciate a link back😉 Check your link available here fastfoodrecord.com. Regards, Solomon Lesch

  11. sha
    November 16, 2011

    +ve… like your blog🙂

  12. clothing shops
    November 28, 2011

    Dude, you should be a writer. Your article is so interesting. You should do it for a living

  13. Pingback: Warrior Forum Tips

  14. Hello, you used to write wonderful, but the last few posts have been kinda boring… I miss your great writings. Past few posts are just a little out of track! come on!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: