Nota Kehidupan

University of Life

Penulis

ayda

Ayu Darlu (Ayda)

AYU DARLU adalah nama sebenar AYDA yang menjadi penulis ruangan Aspirasiku. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma dalam TESOL. Beliau berkhidmat di  sekolah menengah sebagai seorang guru dengan tugas khas sebagai Guru Media. Berkecimpung dalam bidang videografi dan suntingan video di peringkat organisasi tempat beliau bertugas. Minat membaca dan menulis telah mendorong beliau  menulis di Aspirasiku dan beberapa blog lain secara sambilan. Beliau juga pernah menulis dalam beberapa majalah seperti Anak Sayang dan at-Taqwa. Buku pertama tulisan beliau diterbitkan oleh PTS Millenia iaitu Apa CeR. Beliau sudah berkeluarga dan memiliki beberapa orang cahaya mata.