Nota Kehidupan

University of Life

Corat coret sering tergendala

Menulis memang menyeronokkan. Namun pelbagai komitmen telah membataskan ruang untukku menulis secara konsisten. Biasanya hanya dapat menulis satu perenggan sahaja sebelum anak kecilku menghampiri dan turut serta menekan keyboard laptopku.

Walau bagaimanapun aku sempat membaca ruangan kegemaranku iaitu universitipts.com dan irfankhairi.com/blog. Aku juga sempat membaca satu tajuk kecil setiap hari daripada mana-mana buku. Dan ini frasa yang aku perolehi daripada buku How to Get From where You Are to Where You Want to Be, tulisan Jack Canfield:

Whatever the mind can conceive and believe, it can achieve.” Napoleon Hill.

Apa jua yang minda kita fikirkan dan yakini boleh dicapai. Jika begitu, semoga impianku untuk menyudahkan koleksi catatanku menjadi sebuah buku akan menjadi kenyataan akhirnya.

Leave a comment

Information

This entry was posted on January 10, 2008 by in Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Kejayaan and tagged , .